Friday 22 April 2011

Too close..but too far away

Petang Khamis 21 April 2011
Jurulatih PKBM unit 7 Renjer ramai yang muka senget... termasuk la seorg cikgu yang mendapat perkhabaran yang mendukacitakan. Namun masih memberi harapan dalam mesyuarat bersama Mejar Hisyam dan jurulatih beserta guru2 pada malam ini jam 9.30 malam.
Berbekalkan sisa-sisa semangat yang masih ada, cikgu teguhkan juga hati untuk bersama kadet2 kesayangan cikgu untuk menghadapi berita dukacita ini bersama-sama. Tak terlintas untuk membiarkan kadet bersedih sesama sendiri. Malam ni semua anak2 tido di kem. Umi ada misi yang perlu diselesaikan. Segalanya akan terbongkar malam ini.

latihan kawad senjata

Mesyuarat jam 9.30 malam, tepat jam 9.00 malam cikgu dah terpacak di Wisma Perwira. Takde orang lagi. Cikgu le orang pertama yang sampai. Tak lama kemudian sampai Mejar Hisyam diikuti guru2 dan jurulatih. Cikgu tgk jurulatih semua berpakaian segak termasuk berkasut. (etika masuk mech.), Cikgu berselipar Jepun rama2 berjubah hitam ala2 orang berkabung..
Maka dipendekkan cerita, Mejar Hisyam memaklumkan 2 perkara berikut:
1. Perkhemahan PKBM (D) Peringkat Negeri Pahang tidak akan diadakan pada tahun ini.
2. 7 Renjer diberi tanggungjawab untuk mempersiap kontijen Negeri Pahang untuk ke peringkat kebangsaan (dianjurkan oleh 1 Briged) disebabkan kejayaan gemilang tahun lalu disamping 505 Wataniah kerana menang kawad tahun lalu.
That's the cons and pro.
.........................................................................ok lah tu.................................................
balik ke bilik penginapan irsyad dan hazeeq dan tidur..haykal je tak tido2 lagi... biarlah.. yang penting sampaikan berita kepada kadet Mentakab dan Temerloh. Nasihat cikgu, 'jangan putus semangat bahkan patut berasa bersyukur kerana atas kemenangan tahun lalu kita berpeluang ke peringkat kebangsaan tahun ini yang dijadualkan pada Jun ini. Beritahu mak ayah elok2 supaya mak ayah beri kebenaran untuk mengikuti latihan lagi'...chaiyok! chaiyok!

                                        
                        Jurulatih: Staf Ujang, Kop. Mahayuddin, Kop. Faizal, Sarjan Saiful dan Sarjan Firdaus
                                                   Juruletih: Cikgu Faizal dan cikgu Abba

suka sangat nak balik rumah setelah 4 hari latihan..

Monday 18 April 2011

Perarakan Merdeka..............

Ketua Platun Syazwani Bt Ahmad
Sarjan kadet Azam Bin Rosdi
Rafizal @ Black
Mierul n Taufiq

Baru sahaja habis berkhemahan Peringkat Negeri pada hujung Julai 2010, sekali lagi PKBM (D) berkhidmat untuk negara pada penghujung Ogos. Ini adalah untuk meraikan hari Kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta.
Satu perkara yang menjadi asas kecintaan kadet PKBM ialah perasaan sayang kepada negara. Pengisian instrinsik dalam aktiviti ini ialah kadet dapat menjiwai watak sebagai seorang warganegara dan setia serta memupuk semangat patriotik.
Alhamdulillah... kadet PKBM (D) SMK Temerloh telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Perarakan Kemerdekaan Peringkat Daerah Temerloh dan mendapat sejumlah RM500. sebagai saguhati.
Walaupun berada dalam Bulan Ramadhan, cikgu amat kagumi kesungguhan kadet. Cikgu hanya boleh memberi galakan dan sokongan, namun andalah yang sentiasa mengharumkan nama sekolah. Tahniah!
                                                                 Hazeeq n Haykal

Sunday 17 April 2011

UNGGUN 2


Tahun 2010, telah berlangsung Perkhemahan Unit-Unit Uniform Peringkat Sekolah yang dikenali sebagai Unggun 2. Pelbagai aktiviti dipertandingkan antaranya khemah terbaik bersama gajet,  kawad kaki, pertolongan cemas, kreativiti dan malam persembahan.
Alhamdulillah..kemenangan kawad kaki berpihak kepada PKBM, tempat pertama...  begitu juga malam persembahan. Dah terbukti kadet-kadet PKBM memang minat berlakon..bakat terpendam. Pertandingan yang lain-lain tu walaupun tak menang tapi kita dah cuba buat yang terbaik..
Tahniah kepada KPA yang menjadi Johan keseluruhan UGGUN 2. InsyaAllah tahun ini kita berjumpa lagi untuk UNGGUN 3.

Thursday 14 April 2011

Terkenang.... Menjelang Perkhemahan PKBM (D) Peringkat Negeri

Dalam kesibukan bersama kadet-kadet dalam persediaan menghadapi Perkhemahan peringkat Negeri tahun ini, terkenang kembali kegemilangan yang telah dicapai oleh kadet dalam perkhemahan tahun lalu.. Cikgu selalu ingatkan kadet, kita pergi bertanding dalam keadaan yang cukup bersedia, bukan pergi sekadar isi masa lapang. Kita pergi dengan harapan untuk menang. Kalau boleh, menang semua. Serupa troopers yang bersiap sedia untuk ke medan perang....
Tahun 2010, Unit Gabungan 7 Renjer telah bolot kebanyakan pertandingan; merempuh halangan, compass marching, menembak (gambar cikgu bersama jaguh menembak, Ain) namun bolos dalam kawad senjata. Strategi dan taktikal dikemaskini dengan tekad menebus kekalahan tahun lalu.. berkat usaha dan doa semua.. InsyaAllah....

Tidak berhenti setakat itu, kegilaan kemenangan umpana sang musafir yang dahaga di lautan pasir, malam persembahan Bakat juga berpihak kepada 7 Renjer...wah... suka betul jurulatih dan juruletih tatkala diumum sebagai johan Perkhemahan PKBM (D) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2010.. Alhamdulillah.. Kemenangan tidak akan datang bergolek tanpa usaha banyak pihak...
Itulah sedikit sebanyak corat-coret suki-suki kadet-kadet PKBM SMK Temerloh, SMK Karak dan SMK Mentakab. I'm having fun spending time with all of you!!! Enjoy the pics...

Lagu Tentera Darat Malaysia


GAGAH SETIA

Gagah dan setia
Tabah dan Perkasa
Itulah cogan kata
Tentera Darat Malaysia

Gempur-gempur wira
Maju-maju mara
Rela berkorban jiwa
Untuk negara dan bangsa

Hutan rimba lembah desa
Memburu musuh durjana
Tidak gentar mara bahaya
Pantang undur tetap mara

Gempur wira bergelora
Semangat untuk perwira
Jasad mungkin gugur di rimba
Kami tetap gagah setia

Gempur-gempur wira
Maju-maju mara
Rela berkorban jiwa
Untuk negara dan bangsa

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers