Wednesday 18 May 2011

Senarai nama yang terpilih ke Perkhemahan PKBM (D) Peringkat kebangsaan 2011 dah keluar! Tahniah!


           Semalam, Hari Rabu 18 Mei 2011, sewaktu upper form sibuk menjawab soalan peperiksaan akhir tahun, sewaktu adik2 lower form sibuk membuat ulangkaji di saat akhir, telah sampai berita yang di tunggu-tunggu. Berita ini di bawa oleh jurulatih kesayangan kadet iaitu siapa lagi kalau bukan Sjn Saiful, Kop. Faizal dan L.Kop. Ujang.
 Tahniah kepada kadet2 yang terpilih menyertai latihan berpusat seterusnya mewakili Negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan. Wanie, Ct Zubaidah, Lisa, Omey, Madi, Ain, Taufiq, Mierul, Black, Arif dan Syahmi.
Latihan berpusat akan diadakan pada 2 hingga 5 Jun nanti.. Perkara paling penting, minta kebenaran ibubapa serta restu mereka.

Buat masa ni, tumpuan sepenuh perhatian kepada proses mengulangkaji, menjawab soalan-soalan past years dan ulangkaji bersama kawan-kawan.

Buat sepenuh hati dalam apa jua yang kita lakukan. InayaAllah Allah akan memberkati dan mengurniakan keRahmatan Nya kepada hamba-hambaNya....

cHAIYOK! cHAIYOK!!

Tuesday 10 May 2011

Hari Ulang Tahun Batalion ke-41

Pada hari selasa 10 May 2011 bertempat di 7RRD Mekanize telah berlangsung Perarakan Panji2 sempena ulangtahun Batalion ke 41. PKBM SMK Temerloh telah dijemput memeriahkan ulangtahun ini. Terima kasih diucapkan kepada Mejar Hisham yang menjemput kami sekeluarga..eh..kita kan memang sekeluarga. Tak sabar bersama-sama keluarga PKBM yang lain untuk bertemu di Juasseh N9 penghujung Jun nanti!!

                            Segak bergaya Sarjan Saiful...mata dok tengok siapa tu??

                              Cikgu Abba bersama askar kecil, Leftenan Imran Haykal

                 Perbarisan diketuai 4 orang pegawai tentera antaranya, Mejar Norhisham

 Imran Haykal

Tahniah Wanie..... for whatever reason....

Mejar Hisham selepas parade.... wah seronok jadi penonton tengok pegawai dan jurulatih berkawad. Bukan selalu.... Matahari terik bersinar betul2 atas kening mata...Alhamdulillah x pitam..
Tahniah Lans Kop. Ujang... Akademik terbaik!! Lopaih ni boleh balik Tampin..




.................Agi idop Agi ngelaban..............

Tuesday 3 May 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan SMKT 2011

Hari Selasa bertarikh 3 Mei 2011 bertempat di Dewan Kreatif SMK Temerloh dan dirasmikan oleh YB Dato Norzan Bin Haji Ahmad, wakil PKBM iaitu Nurul Shahratul Ain Binti Shariman menerima sijil dan cenderamata bagi kecemerlangan kokurikulum berikutan kejayaan dalam Perkhemahan PKBM (D) Peringkat Negeri Tahun 2010.


                              YB Dato' Norzan, Ain, wakil PIBG dan Pengetua Puan Hajah Edah

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers