Thursday 22 September 2011

Bergambar bersama

Pada hari Rabu minggu lepas, SMK Temerloh telah mengadakan sesi fotografi bagi guru2 dan staf. Dikesempatan ini, Guru-guru pemimpin PKBM tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama untuk kenangan pada tahun 2011.

Warga SMK Temerloh

Duduk dari kiri: Muhd Faizal, GPK Ko- Ridhuan Mahussin, Pengetua Hajah Edah, GPK HEM- Ab. Hamid dan Abdul Rahman
Berdiri dari kiri: Cikgu AbbaFazilah, Norhamizah, Suhana, Raziah Zapuan Norarizan dan Azhari
Tiada dalam gambar: Norsiha dan Asiah

Wednesday 21 September 2011

Bangun awal pagi & terus cari rezeki


Rasulullah ketika melewati anaknya; Fatimah r.ha., didapati beliau sedang baring pada waktu pagi, maka Baginda bersabda yang bermaksud: "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau tergolong dalam kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari". ~Riwayat al-Baihaqi

Tuesday 20 September 2011

Anugerah Remaja Perdana


Hari ini pelajar sibuk mengisi Borang Markah Ko Kurikulum.. Kiraan Markah Tahunan (GPA) bergantung kpd 3 bidang penglibatan (Unit Uniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan)

Namun adakah pelajar sedar Anugerah Khas iaitu Anugerah Remaja Perdana (ARP)? ARP ini menyumbang markah bonus 10 mata dalam GPA kokurikulum

Apakah ARP?
Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda adalah Program yang diiktiraf kerajaan di atas penglibatan aktif remaja dalam bidang yang menyumbang ke arah proses kematangan mereka.

Program ini bersifat fleksibel, bukan bersifat pertandingan.

Penyertaan?
Remaja berumur 14-25 tahun

Tahap Anugerah?
Gangsa, Perak dan Emas

Komponen ARP?
  • Khidmat masyarakat
  • Kemahiran
  • Rekreasi fizikal dan Penjelajahan Lasa
Badan Operasi
Organisasi yang di beri lesen oleh KBS untuk melaksanakan program ARP.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah anda.
Laman web: http://www.kbs.gov.my/

Bertukar arah

Angin perubahan telah melanda...

when we're stuck at something, then its about time to 'berhijrah' mengikut sunnah Rasulullah.

Oleh kerana banyak entri untuk dikongsikan bersama and not restricted only about the activity of my dearest PKBM cadets, maka blog ini telah bertukar nama, bertukar content, selari dengan angin perubahan.

From now onwards, blog ini adalah blog Cikgu abba fazilah.

Me as a teacher, a mother and a friend.

Monday 19 September 2011

Mustafa Kamal Ataturk

Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Perenggan menarik:

  • “Kita tidak pernah mengenali Sultan Hamid II secara dekat. Kita dikelilingi oleh mereka yang memusuhi beliau. Sekarang leher kita telah dijerat oleh musuh-musuh Islam. Orang-orang Freemason sudah menggunakan kitabagi kepentingan mereka. Apa yang kita lakukan hanya menguntungkan orang-orang Yahudi”

  • “ Memang benar wahai sahabatku, kita telah diperdayakan hanya dengan beberapa keeping lira emas. Mereka pun pernah menawarkan sebanyak 30 juta lira kepada Sultan Abdul Hamid II tetapi beliau menolaknya.”

  • Pepatah Yahudi, Musuh mudah dikalahkan sekiranya kita mendekati mereka

  • Theodore Hertzl penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi), iaitu Pengasas Negara Yahudi menemui Sultan Abdul Hamid II dan menawarkan 150 juta paun sterling untuk membeli tanah di Palestin.

  • Sultan Abdul Hamid di akui kehebatan oleh Raja Jerman, Kaiser Wilhelm II “berasa gerun dan terasa diri kecil dihadapannya”

  • Sultan Abdul Hamid II memberi amaran kepada England menghentikan pementasan hasil karya Voltaire bertajuk “Muhammad dan Kefanatikan”

  • Sultan Abdul Hamid II mempunyai sembilan orang anak lelaki dan tujuh orang anak perempuan dipisah-pisahkan dan dibawa ke Perancis dan sebahagian ke London dijadikan pengemis.
Chapter: Pengkhianatan MKA, Tawaran Perdamaian, Berakhirnya Zaman Kegemilangan Uthmaniah, Badiuzzaman Said An-Nursi, Kota Konstantinopel............., Kematian yang tidak ditangisi.



..............................Selamat Membaca....................................




Kanang Anak Langkau

                      Kanang anak Langkau (lahir 1945) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

                     Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.


Amaran! Jangan cuba memperlekehkan pejuangan Angkatan Tentera Malaysia

 
Pengalaman hampir maut memerangi komunis di Perak

          Wira negara, itulah gelaran masyarakat kepada Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Anak Langkau yang melakar sejarah keberanian dan daya juang luar biasa dalam mempertahankan kedaulatan pertiwi.

           Beliau cedera parah di bolos peluru mengenai jantung, usus terburai, rosak buah pinggang dan terlantar di hospital selama 14 bulan. semasa menentang pengganas Komunis di Tanah Hitam, Perak pada tahun 1980.

          Beliau dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada tahun 1981 ~ satu pingat istimewa yang tidak membawa gelaran protokol namun paling tinggi dalam senarai keutamaan Anugerah Persekutuan mengatasi S.M.N dan S.S.M yang membawa gelaran Tun.

           Pada tahun yang sama beliau dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (P.G.B) kemudian sekali lagi dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Falsafah (Peperangan Menentang Pengganas) dari UPNM.

        

Sunday 18 September 2011

Sambutan Hari Malaysia

Salam semua..

Pada Hari Sabtu 16 September adalah sambutan Hari Malaysia yang diraikan di seluruh Malaysia.

Perancangan awal adalah untuk menyambut di Jerantut untuk sama2 menyaksikan PKBM (D) SMK Jerantut yang terlibat dengan perbarisan..(Tahun lepas meraikan sambutan kemerdekaan di Stadium Mini Temerloh)

Namun terkandas di Temerloh maka nampaknya terpaksalah membawa hero bertiga itu menyaksikan PKBM (D) SMK Temerloh yang terlibat dengan perarakan.

Walaupun tahun ini tidak memenagi sebarang tempat dalam perarakan, namun tahniah kepada kadet semua..

Cuma tahun ini sambutan tidak semeriah tahun lepas iaitu Sambutan yang di organise oleh 7RRD Mekanize :-) ada Pantomin, bom gegar stadium dan asap berwarna serta sajak kemerdekaaan.

Tahun ini sedikit hambar.. :-(


Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers