Monday 28 November 2011

Promosi Angkatan Sukarela ATM




29 November 2011
0830 H
Mejar Shamsuri

ATM terbahagi kepada 2:
  1. Angkatan Tetap
  2. Angkatan Sukarela
Maklumat:
  • Angkatan Sukarela dikenali sebagai Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT)
  • Statistik 2008, 32% sukarela dalah daripada sektor swasta, 15.31% dari sektor kerajaan.
  • Struktur pangkat adalah sama dengan Angkatan Tetap
  • Kekuatan ATM:  ~ Tahun 2000-2010 Nisbah tetap dan simpanan ialah 1:1, tahun 2020 1:3
  • Sukarela: Kontrak selama 5 tahun, boleh datang bila2 masa apabila jadual dikeluarkan. Dibayar elaun apabila menghadiri latihan. Tidak terikat dengan tempoh perkhidmatan. Tidak terikat dengan undang2 kecuali semasa menjalani latihan.
  • Bidang kepakaran yang ditawarkan: Siri 500, Armor
  • Pelan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. Kematian/Kecacatan/Ketidakupayaan tetap RM 20 000.

  • Latihan Tempatan:
  1. Dilaksanakan di kem latihan yang berdekatan
  2. Masa yang bersesuaian ~hujung minggu
  3. Jangkamasa 2 - 12 jam sehari
  4. Jumlah jam setahun: Tidak lebih 240 jam setahun @ 20 hari setahun (pasukan bukan teknikal). Tidak melebihi 360 jam setahun @ 30 hari setahun (pasukan teknikal)
  5. Latihan berterusan: tidak kurang daripada 3 hari tidak lebih 14 hari
  6. Latihan kem tahunan. Dilksanakan 15 hari dalam setahun: 7 hari di pengkalan, 8 hari di medan. (aplikasi IMP, taktikal, pengendalian senjata dan latihan lain)
  • Syarat2 asas kemasukan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Pemeriksaan Perubatan (X-ray, ujian darah)
  3. Lulus tapisan keselamatan
  4. Syarat2 lain yang dikenakan oleh Panglima Perkhidmatan masing2.
taklimat yang simple sahaja.

Berita lanjut Pelancaran Askar Wataniah 20 Nov di Lenggong

Haykal ~ history of the inguinal hernia

Petang tadi selepas menembak di Lapangsasar PGA Ulu Kinta, squad berkumpul di Pondok skot (Perkampungan senjata) setelah draw senjata M 16 dari Arm squad.

Terlihat Sarjan Hisyam dok melepak diatas bangku batu, lantas bertanyakan kesihatan anaknya yang baru operate mata di ISC (Ipoh Specialist Centre). Sjn bercerita perihal anaknya yang ada ketumbuhan di bahagian dalam mata, check di ISC dan terus operate. Alhamdulillah semuanya selamat..


 Bila dah terbuka cerita perihal anak2 ni, teringat pula pada tahun 2009, Mohamad Imran Haykal juga berada di ISC untuk minor operation sewaktu abahnye sibuk dengan kursus yang sama, Kursus Asas Bakal Pegawai PKBM (D) Sesi 1/2009. Uminya pula baru masih dalam pantang melahirkan anak ketiga.

So this is another story of Haykal.

Since he age 7 month or so, nampak bengkak pada bahagian kerandut zakar. Soon after barulah tahu itu adalah angin pasang atau dalam bahasa saintifiknya  hernia. Bahagian usus kecil telah masuk ke dalam bahagian kerandut zakat kerana saluran inguinal yang lemah. Pada mulanya usus kecil ini boleh ditolak masuk ke dalam rongga abdomen tetapi pada tarik 26 November 2009, kerandut zakarnye mengeras dan usus kecil itu tidak boleh ditolak masuk balik sehingga Haykal menangis 1 malam tak henti2 dan muntah2.

Apalagi, terus call abahnya yang masih berada di PUSWATAN maghrib tersebut terus menuju ke ISC. Tanpa berlengah, selepas pendaftaran doktor yang bertugas terus memanggil doktor pakar. Jam 10 malam Haykal dimasukkan dalam Operation theater. Selepas satu jam setengah yang bergolak dengan pelbagai perasaan, Umi dibenarkan masuk untuk bersama2 Hayakal yang pada ketika itu masih dipengaruhi ubat bius. Keep the story short, Doktor mengatakan bahawa saluran inguinal telah mencerut usus kecil dan jika lewat membawa ke hospital, saluran darah tidak akan masuk ke bahagian tersebut mengakibatkan usus akan mati dan terkena jangkitan. Nauzubillah...


Sakit sangat sampai anak mengangkat sebelah kakinya untuk mengurangkan sakit.
Jenuh tgk anak dalam keadaan macam ni.
Tak pelah bayar aje lah berapa yang kena pun, duit boleh di cari.
Haykal selepas operate bersama Hazeeq. Thanx to abah yang jaga Haykal semalaman di ISC.
Really appreciate it.

Esoknye dah boleh keluar wad dan nak tau ape yang Haykal buat?

Masuk ke dalam sebaldi air dan duduk berendam!!!


Lebih kurang macam ni ~gambar hiasan~

Perjumpaan Kolonel Jamaludin bersama guru PKBM

Rabu 22 November 2011
Auditorium PUSWATAN
1040 H
Tetamu kehormat: Kolonel Ahmad Jamaludin Bin Royan
                            Pegawai kanan Bahagian Latih MK Medan, Sungai Besi.

Diiringi: Kem komandan PUSWATAN, Left Kolonel Pazil Bin Mat
           
Agenda:
Perjumpaan bersama guru2 PKBM untuk mengetahui masalah yang berbangkit perihal pengurusan PKBM.

Soalan 1 
  1. Masalah masa kursus yang diadakan sama dengan pelajar ambil SPM.
  2. Masalah pengetua tak memberi kebenaran untuk menghadiri kursus.
Jawapan:
  1. Semua penuntut yang lain bersetuju inilah masa terbaik untuk diadakan kursus. Habis.
  2. Pengetua kena faham tugas dalam pengurusan kokurikulum.
Soalan 2
  1. Guru PKBM adalah orang awam yang secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam aktiviti ketenteraan. Ada di kalangan guru yang berminat menyertai AW. Tempoh kursus asas Bakal Pegawai PKBM adalah sama dengan kursus asas AW (rekrut). Bolehkah guru terus ke kursus PO tanpa perlu rekrut?
Jawapan:
Tempoh sama tapi silibus tak sama kerana tak ada CIW dan CW. Boleh dibincangkan dan di bawa kehadapan. Habis.

Soalan 3

Apabila balik ke sekolah, susah untuk guru mengarahkan pihak pengetua dan pihak PPD, JPN untuk mentauliahkan guru2 dengan pangkat Leftenen Muda. Di cadangkan agar guru2 ditauliahkan selepas habis kursus.

Jawapan:
Idea yang baik. Akan cuba tauliahkan guru2 PKBM selepas habis kursus. Bawa kepada KPM Bahagian Kokurikulum En. Rashid Bin Mean.

Soalan 4:
Bila nak adakan Kursus Lanjutan Pegawai PKBM (D)

Jawapan:
Seramai 157 orang guru telah hadir Kursus Asas, 300 orang guru masih belum menghadiri Kursus Asas, Jadi, bilangan seramai 157 orang guru ini boleh memohon untuk kursus lanjutan. InsyaAllah tahun depan. :-)



Intro dari Kolonel Jamaluddin dari MK Medan

Ada yang komen askar wok yoh ni dah nak sama dah dgn askar regular lepas 3 minggu di PUSWATAN. gOoD!!!


Sunday 27 November 2011

Galakan Penyertaan Guru dan Bekas Ahli PKBM Dalam Askar Wataniah




MK TD/G8/3/15 bertarikh 13 September 2011

  • Bahagian Pasukan Simpanan, MK Tentera Darat dalam membuat penambahan keanggotaan sukarelawan bagi memenuhi keperluan 1: 2 anggota menjelang tahun 2020. Jumlah keanggotaan sukarelawan yang diperlukan selaras dengan Key Performance Indicator (KPI) yang telah digariskan oleh YB Menteri Pertahanan.

  • Justeru, bagi menjurus ke arah pencapaian matlamat tersebut Sel PKBM MK Medan TD telah diamanahkan untuk membantu dalam menjayakan ke arah sasaran tersebut. Bagi memudahkan aspek pengurusan tersebut, markas ini memohon pihak KPM mempromosikan agenda penambahan anggota sukarelawan dengan memfokus kepada Guru PKBM dan juga kadet PKBM Darat yang telah menamatkan persekolahan dengan menyertai Askar Wataniah (AW).

  • Pemilihan guru dan bekas pelajar ini adalah kerana mereka telah pun disedahkan dengan asas ketenteraan yang memudahkan mereka meneruskan latihan apabila menyertai AW.

Saturday 26 November 2011

~ PKBM ~

KPM dan ATM di Majlis Penutup Perkhemahanan PKBM (D) 2011







Sedikit sebanyak mengenai apakah itu PKBM.

  1. PKBM ditubuhkan seawal tahun 1923. Dikenali sebagai Pasukan Kadet Tentera. Terhenti pada WWII (1942-1950)
  2. Ditukar kepada Ordinan Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1952 (No. 46)
  3. Ditukar kepada Undang-Undang Angkatan Kadet Persekutuan Tanah Melayu L/N/335 Tahun 1954
  4. Ditukar kepada Akta PKBM 1967 (Akta 417) No. 68.

Matlamat:

Untuk melahirkan individu yang berdisiplin, bersemangat patriotik dan mempunyai daya kepimpinan yang berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.

Elemen Penting dalam PKBM:
  • Anak murid
  • Unit gabungan
  • Pihak sekolah

Objektif latihan PKBM:

Memupuk tatatertib yang baik melalui pendedahan budaya dan tradisi tentera.


Silibus latihan PKBM:
  • Kawad
  • Latihan Senjata
  • Baca Peta (Pandu Arah)
  • Kecergasan Jasmani
  • Pertolongan cemas
  • IMP
~ tertakluk kepada silibus yang telah dirangka dan dipinda dalam buku Pengurusan PKBM Darat yang baru (Oktober 2011)

Garis panduan latihan:
  • Berkesan
  • Menarik
  • Progresif

Pertolongan Cemas

Tarikh: 18 November 2011
Tempat: Dewan Syarahan Puswatan
Masa: 1100 H

Pertolongan cemas didefinisikan sebagai perawatan sementara sebelum sampai hospital

Prinsip2 Pertolongan Cemas:
  • Selamatkan nyawa
  • Kurangkan sakit
  • Elak dijangkiti penyakit

Cogankata Pertolongan Cemas:
  • Lihat
  • Fikir
  • Buat ~ Bertindak dengan tenang dan sabar

Kepimpinan ATM

Tarikh: 25 November 2011
Masa: 1100 H
Tempat: Dewan Kuliah
Pentadbiran:
  • Kepimpinan ATM ~ Left. Kol. Cheong Lai Huat


Left. Kol. Cheong ~ 33 years service in ATM

Factors of leadership:
  • The follower
  • The leader
  • Communication
  • The situation
Leader:
  • Know the stength
  • Mentally able to withstand pressure
  • Understand human nature ~ know their charachter/ look out for their well being
  • Technical and tactical
  • Must be able to make decision (sound and time)
  • Seek for responsibility NOT avoid from responsibility
Types of leader:
  • Autocratic  : Control the situation
  • Democratic: Consensus from the rest
  • Laiszes-fair: "up to you"

Pistol Browning

Hari: Jumaat 25 November 2011
Masa: 0800 H
Tempat: Pondok Skot

Pentadbiran:
  • Pelajaran Pistol Browning 9mm

Asrul dan Zul Husni ~ ala2 koboi..

Maklumat Pistol Browning 9mm



         

Pandu Arah

Tarikh: 24 November 2011

Lokasi: 3 km dari Simpang Pulai (Taman Botani) ke Kg. Seri Rahmat

Grid: CP mula ~ 458 999
        CP akhir ~ 443 986

Jarak atas peta : 2 km

Masa berlepas dan sampai: 1jam 38 minit

(Teringat time bawa kadet PKBM Peringkat Kebangsaan, 4.4km atas peta ambil masa 1 jam 24 minit sahaja huhuhu...)

Bil. Sendikit: 4

Ketua sendiket 1 bersama skot.
ingatkan ada jual deroyan kat tepi jalan..

Cik Zaidi~ watak yang penting di PUSWATAN


Tahniah Sendiket 1 kerana berjaya sampai ke CP akhir terpantas.

Tuesday 22 November 2011

Pelajaran Colt M 16 dan AUG Styer

Tarikh: 21 November 2011
Masa: 0800 H
Tempat: Perkampungan Senjata PUSWATAN

Pentadbiran:
  • Pelajaran Senjata Colt M 16 dan AUG Styer
Pel 1: Mengenali Bentuk Rupa
Pel 2: Membuka dan memasang
Pel 3: TSM
  • Kelopak kosong
  • Peluru tak meletup
  • Halangan dalam badan
Membuka dan memasang M 16
Membuka dan memasang Styer ~ Sarjan Jefri
Styer
M 16

Saturday 19 November 2011

Impetigo ~ once upon a time..

During my labour to the third son, Irsyad.. Haykal was infected by a highly contagious bacterial skin infection.

Thanks to my sister, Norfariza @ Ateh @ Ano who bring Haykal to the specialist and monitor the medicine taken everyday.

As far as I can remember, we use Gentimicin (cream), cloxacillin and kalium manganat (VII).

At the beginning

Healing process

Friday 18 November 2011

CRANKINESS @ PUSWATAN

Hari yang emosi due to _ _ _

Melayan perasaan sejenak melihat lanskap PUSWATAN.

Two thumbs up to the interior deco in each building and the beautiful landscape.

Kalau boleh la bawak balik rumah...
Kagum.. mcmana lah nak dapat bentuk macam ni?
Kredit to Left. Kol. Pazil yang sentiasa memastikan kem ceria dan bersih.

Pelajaran PKBM ~ Mejar Asri Bin Adom MK Medan

Day 10
Khamis 17 November 2011
&
Jumaat 18 November 2011
Aktiviti:
  • Pelajaran PKBM – Organisasi Platun PKBM
  • Pengurusan Logistik Lejar PKBM dan Penilaian
  • Kepimpinan
  • Silibus Latihan PKBM
  • Pertolongan Cemas

    Pengetua kena faham tugas2 dalam pengurusan KoKurikulum.
    Kalau x, pincang sekolah
    Guru PKBM ~ Hadir Kursus Asas Bakal Pegawai PKBM (D),
    Barulah bergelar PEGAWAI..
    Guru2 PKBM yang tidak hadir kursus hendaklah membantu apatah lagi
    surat pelantikan telah ditandatangan oleh pengetua.

Wednesday 16 November 2011

Kawad kaki, Kawad Senjata dan Ujian mengawadkan skot

Isnin 14/11/11
Aktiviti:
  • Kawad Kaki (Pelajaran 1-11)
Selasa 15/11/11
  • MFI di RESAT, Ipoh
  • Kawad Senjata Colt M 16 (Pel 176 -Pel. 186)
Rabu 16/11/11
  • Ujian mengawadkan skuad

Nasib baik matahari x keluar dari pagi sampai petang.
Rasa sendiri perasaan kadet yang kena dera kawad setiap minggu.. OLEH ITU..
berilah motivasi, sokongan dan dorongan kepada kadet2 PKBM yang
umpama anak2 kita di sekolah.


Kesimpulan:

Tidak ada sesuatu yang boleh dilakukan secara ekspres apatah lagi sekiranya pengalaman kosong. Namun kadet melakukan terbaik dan tidak mustahil keajaiban berlaku. Ada antara peserta kursus yang merupakan RSM PALAPES, kadet ROTU, bekas pelajar RMC, dan guru berpengalaman kawad. Ada juga yang zero basic. Apa2 pun.. pelajaran tetap berjalan dan jurulatih yang sangat bertauliah serta memberi tunjuk ajar bersungguh2. Terima kasih dan tahniah kepada jurulatih PUSWATAN. Anda banyak membantu kami para guru PKBM (D).

Saturday 12 November 2011

Mendidik Anak ...EP-2



7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Mendidik Anak ...EP-1



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan... tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

Friday 11 November 2011

Radio Perhubungan dan IMP

Day 4

Pelajaran hari ini:
  • Pengenalan dalam Radio Perhubungan
  • Perapungan dan Kemahiran Medan (Kelas paling enjoy setakat ni kerana staf yang bertugas Cik Zaidi (Peg. Waran II) memang sempoi…


Today is my lucky day to be an i.c (In Charge).
Oleh kerana hari ini hari Jumaat (half day) jadi tugas sebagai I.C akan bersambung pada hari Ahad 13 Nov. 2011 1800H.
Banyak pelajaran arahan kawad hari ini. Perasaan berbeza apabila berada di dalam baris dan menjadi I.C. Biar pun kadangkala arahan berterabur but…that’s ok couse everyday is a learning process.

Pelajaran command kawad baru belajar hari ni (personal coach):
  • Melapor kepada anggota berpangkat Tuan
  • Melapor kepada anggota bukan Tuan
  • Memberi arahan dalam keadaan sedia
  • Menghadap ke hadapan/ belakang
  • Pusing Kiri/kanan
  • Menghentikan skuad

(tqvm kepada cikgu Zawizaz dan Husni yang menjadi mentor saya pada hari ini. Saya sangat hargai..)

Dapat 3 hari cuti bermula 1400H hari ini.

c u soon with more update…

Thursday 10 November 2011

MFI, IMP dan Orientasi

Day 3
1500 H

Aktiviti hari ini ialah
  • MFI di RESAT Ipoh bagi peserta yang masih belum mempunyai pengesahan kesihatan.
  • Pelajaran Mengagak Jarak dan Menunjuk Sasaran (IMP) .
  • Orientasi persekitaran Pusat Latihan.

Husni gagal tekanan darah.. ceit  mesin rosak, datang semula isnin nanti
Things that is very interesting and can be applied in schools (for teachers)...
  • Undang2 TKSB : Tenang, Terang, Tepat, Kuat, Satu Perintah, Perenggan
Guru boleh refleksi di dalam kelas:
  1. Adakah arahan yang guru berikan adalah arahan yang tenang, terang dan tepat?
  2. Adakah Suara cikgu cukup kuat untuk menarik perhatian pelajar?
  3. Adakah arahan guru dipatuhi oleh pelajar sebagai satu Perintah atau endah tak endah?
  4. Adakah ayat yang digunakan mempunyai laras kata yang betul dengan Perenggan, nada suara dan intonasi yang berkesan?

Wednesday 9 November 2011

Perasmian Kursus Asas Bakal Pegawai PKBM (D) Siri 1/2011

Salam and greetings to all..
Entri ini ditulis jam 8.30 pm

Day 2..

Pembukaan majlis dirasmikan oleh Pegawai KPM dan Pegawai JPN Negeri Perak.
Seramai 28 sehingga malam ini..dijadualkan 70 orang peserta menghadiri kursus ini.

Penuntut dari Negeri Pahang..

Bergambar bersama Ketua Penolong Kanan Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pelajaran Malaysia Tuan Haji Anuar Bin Haji Abd. Hamid.

Serius di dalam kelas...

Monday 7 November 2011

Kursus Asas Bakal Pegawai PKBM (D).. d-1

Tempat: Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN), Tambun, Ipoh Perak
Tarikh: 8 November hingga 1 Disember 2011

Day 1.
Entri ini ditulis jam 13:36..

Pendaftaran peserta kursus bermula dari jam 7.30 hingga 10.30 pagi tadi.. Tidak banyak maklumat yang di dapati kerana peserta menunggu taklimat daripada pegawai Wataniah yang bertugas jam 17:00 nanti..

c u all later with more news...



                                         (caption sendiri........)

Sunday 6 November 2011

Japanese Cotton cheese cake

Thanks to Cikgu Roslinda Rosli for the recipe....

http://roslindazaki.blogspot.com/2011/09/japanese-cotton-cheesecake.html

This is the pic. of my Jap. Cotton Cheese Cake. Look good, taste great!!!!



Fettuccini Bakar

Bahan2: Fettuccini, bawang besar di dadu, bawang putih dikelepek.. :-).. isi ayam potong potong kecil2( atau daging kisar), sosej ayam/ daging, cendawan butang...yang paling best kalau ada pineapple in syrup potong kecil2, cheddar cheese diparut dan ....of course mozarella cheese...

Kaedah;
1 ~ Rebus fettuccini dengan minyak dan garam sehingga empuk.
2 ~ Tumis bawang (besar dan putih) sehingga wangi, masukkan isi ayam, sosej..
       Masukkan perasa (sos cili, sos tomato, 1 kiub ayam).. sedikit garam dan gula (buat syarat.. kiub ayam  
      dah cukup masin, sos2 dan cukup manis..)
      Masukkan cendawan butang.
      Tutup api. masukkan dalam bekas aluminium untu dibakar.
3 ~ Tabur cheddar cheese, pineapple  dan bakar selama 40 minit.
4 ~ add mozarella cheese. bakar lagi selama 10 minit untuk hasil yang menakjubkan..

                                   Wah..menyelerakan...ditambah dengan gimik camera..

*Boleh ganti fettuccini dengan macaroni... hazeeq kata.. "roni-roni"...

Saturday 5 November 2011

Puree and Sardin special

Ni resepi favourite adik beradik saya.. resepi rahsia dari mak yang sangat di kasihi.... Resepi ini direct dari mak...

Puree:
1. 2 cawan tepung attta..
2. 1 cawan tepung gandum..
3. sedikit garam
4. Penaik 1 sudu kecil
Gaul rata2... uli...uli...uli... biar selama 40 minit..
5. Buatkan bulat2 , giling dan goreng sehingga keemasan

Sardin:
Bahan2: Sedikit bawang kecil, bawang putih, Sardin, kentang, cili giling, asam jawa, garam, gula, tomato. (tomato dan kentang sama banyak)
Goreng kentang yang di dadu sampai empuk...ketepikan.
Tumis bawang kecil yang di tumbuk dan hirisan bawang putih.. (baunya enak...), cili kering..tumis sehingga pecah minyak, masukkan tomato yang di dadu.. masukkan sardin, masukkan kentang yang telah digoreng, secubit garam, secubit gula, air asam jawa..
Tumis sehingga semua ingredient masak...

Happy serving... :-)


                              Gambar diambil dengan camera baru hadiah dari Mr. H.. Tq dear..

Pizza

Pizza yang sangat mudah...

1. Roti ~ Kakak saya cakap, mak beritahu nak buat roti kena ada 5 benda ni. Tepung (roti), yeast, gula (makanan bagi yis), garam dan mentega (minyak pun boleh). (yeast di campur dalam air suam:  10 minit)... tambah ingredient yang lain,  Uli..uli...uli.. biar @ room temperature for about 2 hours...

2. Content ~ lapis dengan tomato puree nak sedap letak spaggetti sos, isi ayam/udang, sosej (ayam/daging), hirisan bawang besar, cendawan butang.....paling sedap mesti ada pineapple in syrup.. cheddar cheese di parut.

3. Topping...Of course mozarella cheese... Bakar dalam oven 180 degree Celcius @ about 50 minutes.

Mmmuach...lovely

                                               belasah la...pakai dulang tepung talam..janji sedap!

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers