Sunday 11 March 2012

Kursus Kadet Pegawai Tanpa Tauliah (PTT)

March band untuk lagu Gagah Setia

               Pada hari ini berakhirlah Kursus Kadet Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) anjuran bersama PPD Temerloh dan Batalion ke 7RRD Mekanize, Mentakab.

O/C memperkenalkan Pengetua SMKT kepada C/O
             
              Kursus ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Jumaat 9/3/2012 sehingga 11/3/2012. Seramai 60 orang peserta dari 3 buah sekolah di bawah unit gabungan 7RRD iaitu SMK Temerloh, SMK Mentakab dan SMK Karak.

Pemakaian pangkat oleh C/O dan Pengetua kepada Sarjan Rafiezal

              Terima kasih kepada C/O 7RRD, Lt. Kol. Zulfakar Bin Abdul Wahid dan O/C Kompeni A, Kapten Rosli Johnny kerana begitu sporting dan komited dengan PKBM (D).


             Alhamdulillah...tugas telah terlaksana.. banyak lagi tugas2 lain menyusul selepas ini...



~Gagah Setia~

Wednesday 7 March 2012

Pasukan Badan Beruniform Cemerlang Negeri Pahang



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu majlis ini yang pada mulanya telah ditunda pada Disember tahun lalu akhirnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Negeri Pahang 2010/2011 telah berjaya berlangsung di BTPN Negeri Pahang.


Tahniah diucapkan kepada Pasukan PKBM (D) SMK Temerloh.... apabila membicarakan tentang PASUKAN, it is not 'one man show'. Tanpa adanya organisasi tersusun, matlamat yang jelas dan berpijak di bumi nyata, kerjasama erat antara sekolah dan agensi, kekuatan guru, kesabaran ibubapa serta keupayaan kadet, maka kesemua ini tidak mungkin tercapai.


Kepada kadet2 PKBM (D) sekolah lain atau dari unit gabungan yang lain di seluruh negara, kejayaan ini adalah kejayaan bersama. Lihat dari sudut positif bahawa Pasukan kita adalah terbaik dengan keyakinan yang ada.



Pasukan Badan Beruniform Cemerlang Negeri  Pahang Tahun 2010/2011


Tahniah kepada penganjur kerana mendapatkan tempat yang sesuai untuk diadakan majlis berprestij sebegini rupa berbanding venue sebelum ini. Ditambah dengan keindahan laut di seberang jalan...sungguh mendamaikan dan memberi inspirasi!


Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers