Sunday 1 January 2012

~ Kebitaraan PKBM ~

Syok sendiri ke entri ni?

Tak... ini yang betul2.. bukan dugaan....

Macam  ni ceritanya...

Dengan rasa rendah diri, Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh seramai 110 orang guru dan 1200 orang pelajar telah memberi kepercayaan kepada Cikgu Abba Fazilah sebagai Penyelaras Jawatankuasa Sekolah berprestasi Tinggi  (SBT) dan Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi Unit Beruniform PKBM (D). Skop yang terlibat ialah:

  1. Kebitaraan Sains dan Teknologi
  2. Kebitaraan Petah Bicara
  3. Kebitaraan PKBM (D)
  4. Kebitaraan Memanah
Bagi yang masih tak faham lagi....

SBT sub komponen daripada 4 komponen NKRA Pendidikan iaitu salah satu usaha untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia. chewah...

Matlamat utama ialah mejadikan sekolah berprestasi tinggi (SBT) sebagai tanda aras kecemerlangan bagi dicontohi sekolah lain terutama sekolah kebangsaan.

Bukan sekadar mengiktiraf kecemerlangan sekolah, SBT juga adalah 'makmal-makmal' idea di mana sekolah diberi autonomi untuk inovasi dan kreativiti untuk memastikan kejayaan cemerlang murid.

Nak cerita panjang lebar mengenai SBT ini memang tak habis2...

Dipendekkan cerita...(yang berkenaan dgn skop kita shj iaitu PKBM)

  • Untuk mencapai SBT, sekolah perlu memberi sumbangan kepada sekolah lain melalui program Mentor oleh guru SBT, perkongsian bahan dan pengetahuan dan perkongsian amalan terbaik. (macam yang saya buat ni hee~.....)

  • SBT perlu menekankan kepada ciri-ciri pembangunan berterusan status mereka melalui peningkatan pelan strategik, pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan.

  • SBT perlu memastikan peningkatan tahap prestasi (akademik, kokurikulum dan sukan) serta program jalinan dengan universiti tempatan ataupun luar negara.


Balik ke asal, semua benda yang di buat oleh seorang pendidik itu akhirnya kembali juga kepada tujuan asal iaitu untuk memberi ilmu secara langsung atau tidak langsung kepada pelajar supaya apabila habis sekolah nanti, ilmu2 yang di dapati disekolah dapat memanfaatkan dirinya semula...

Mejar Hisyam dalam sms "bagus la tu satu cabaran" ~ huhu....Tuan pun tak de dah Tahun 2012

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers