Tuesday 11 September 2012

Latihan...Latihan sepanjang 2012

Latihan Pandu Arah paling mengganas apabila masuk dua parit setinggi 3 meter berselut
(hujan pagi tu) tambah best.. peta pulak hilang 


Salam....

Pencapaian diukur berdasarkan sejauh mana ilmu dipelajari dan juga sebanyak mana latihan dilakukan untuk memperkukuh sesuatu kemahira. Bukan sahaja ianya berlaku dalam bilik darjah begiu juga aktiviti luar bilik darjah yang memerlukan kekuatan stamina dan mental.

Oleh itu latihan-latihan optimum yang dilakukan oleh kadet2 pemangkin kejayaan dalam unit 7RRD. Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada C/O Lt. Kol. Zulfakar, O/C Kompeni A Kapten Rosli Johnny dan semua jurulatih serta Pegawai serta guru2 PKBM (D) SMK Temerloh, SMK Mentakab dan SMK Karak.


Kawad kaki, kawad senjata adalah latihan yang ultimate
untuk memastikan disiplin kadet  di tahap tertinggi


Pandu arah. Di dera oleh o/c dengan 3 checkpoint 2.4km + 2.0km  + 4.0 km atas peta.
Phew! kebangsaan pun 1 checkpoint je..... 




Stall PKBM

Bertarikh 27 Jun 2012 iaitu pada hari Rabu telah berlangsung Hari Koperasi Sekolah (HKS) SMK Temerloh. Pasukan Kadet Bersatu tidak mahu ketinggalan menyertai bagi mengumpul dana untuk Tshirt Mekanize (inner PKBM pada hari Rabu)

MENU............

Ijmal n Faiz..Promosi

Puree special my mom's recipe..

TQ...Dayah n Ziera

Pelanggan dr skuad sendiri..



Monday 10 September 2012

Majlis Apresiasi PKBM (D)

Pada hari Rabu 4 Julai 2012 bertempat di Dataran Gemilang SMK Temerloh berlangsung Majlis serba sederhana sebagai tanda penghargaan kepada Kadet PKBM (D) SMK Temerloh yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri dan Kebangsaan.

Aturcara adalah seperti berikut;
  • Penyampaian Sijil dan Piala (Perkhemahan PKBM (D)Peringkat Negeri Pahang)
  • Penyampaian Sijil dan Pingat (Perkhemahan PKBM (D) Peringkat Kebangsaan)
  • Penyampaian Sijil dan Piala (Pasukan Badan Beruniform Negeri Pahang Kategori Sekolah Menengah)

  
    
Barisan Kadet wakil Negeri dan Kebangsaan bersama Pentadbir dan Pegawai PKBM (D)
S.A.T.I.S.F.A.C.T.I.O.N





Tuesday 4 September 2012

Pemakaian Pangkat Lt. Muda (PKBM)

pergerakan masuk

Pada hari Penutup Perkhemahan PKBM (D) peringkat Negeri Pahang 2012, telah berlangsung acara Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PKBM (D) yang telah disempurnakan oleh Panglima 4 Briged Mekanize, Dato' Abdul Rahim Bin Abdul Mutalib di Padang Kawad 7RRD Mekanize.

Tiga pegawai PKBM (D), Cikgu Ahmad Sabri, Cikgu Mohd Shakir dan Cikgu Abba Fazilah adalah 3 org guru dari Negeri Pahang yang telah melengkapkan Kursus Asas Bakal Pegawai PKBM (D) selama 4 minggu di PUSWATAN.

Recognition.


Monday 3 September 2012

Perkhemahan PKBM (D) KEBANGSAAN 2012

bertolak dr 7RRD Mekanize


Bertempat di Kem Lapangan Terbang Sg. Petani Kedah pada 12 hingga 18 Jun 2012 telah berlangsung Perkhemahan PKBM (D) Peringkat Kebangsaan.

Tahniah kepada Kontingen Pahang kerana memberi saingan dalam beberapa acara yang dipertandingkan iaitu:
Ke-3 Pandu Arah (P)
Ke-3 Menembak Piring (L)
Johan Novelty Menembak Piring
Ke-4 Kawad
Johan Persembahan Malam Akrab
Keseluruhan Tempat ke 8

pemeriksaan pakaian

pandu arah (p)

Perkhemahan kali ini banyak memberi pengalaman kepada kadet2 dan semua yang terlibat.

bina hammock sbg istana


Tahniah dan terima kasih kepada penganjur kerana memberi pendedahan dari segi penginapan di mana kadet belajar memasang hammock, menaiki konvoi dengan kenderaan hampir 30 buah dan scheme pandu arah yang mencabar mental dan fizikal...

Semoga bertemu lagi di Trengganu 2013 insyaAllah.....

graduasi... 

Perkhemahan PKBM (D) Pahang 2012

Pada tanggal 28 Mei hingga 1 Jun 2012 di kala para pelajar dan guru2 merehatkan diri sempana cuti sekolah Pertengahan Tahun..Kadet PKBM (D) yang mewakili unit masing2 telah berkumpul di Batalion ke 7 Rejimen Renjer Diraja Mekanize bagi mengikuti Perkhemahan PKBM (D) peringkat Negeri Pahang.

Bagi konklusi...berikut adalah pencapaian kadet sepanjang perkhemahan tersebut.

Kawad:
Johan- 7RRD Mekanize
Naib Johan- 12 RAMD Mekanize
Ketua Perbarisan Terbaik -Abd Hafiz Bin Muhammad (7RRD Mekanize)

Platun 7 RRD Mekanize

such an honour...


Menembak:
Lelaki               Johan - Rej. 505 
                        Naib Johan - 7RRD Mekanize
Jatuh Piring       Johan- 7RAD
                        Naib Johan-11 RAJD

Perempuan;     Johan - Rej 505
                       Naib Johan- 7RRD Mekanize
Jatuh Piring      Johan- 4 KPD Mekanize
                       Naib Johan- Rej. 505
Johan keselruhan: Rej. 505 AW

Merentas Halangan:
Lelaki             Johan- 12 RAMD Mekanize
                      Naib Johan 8 RAMD
Perempuan     Johan- 12 RAMD Mekanize
                      Naib Johan- 7RRD Mekanize
Johan keseluruhan: 12 RAMD Mekanize

Pandu Arah:
Lelaki          Johan- 7 RAD
                   Naib Johan- 7RRD Mekanize
Perempuan  Johan- 7RRD Mekanize
                   Naib Johan -7 RAD
Johan keseluruhan: 7 RAD


Cikgu Fazilah Pandu Arah bersama 8 RAMD


Persembahan Malam Akrab -Johan - 7RRD Mekanize



Khemah Terbaik - 7RRD Mekanize

Say cheese.....

Platun Terbaik: 7 RRD Mekanize

Syukur Alhamdulillah..penat lelah berbayar apabila kemenangan mutlak dikecapi..Tahniah Kadet2, Jurulatih2 dan Pegawai2 PKBM (D) naungan 7RRD Mekanize. Gempur Wira!




Sunday 2 September 2012

mencari masa......... mencuri masa

salam...
sibuk sangat mencari masa untuk meng'update' aktiviti pkbm tahun ni... Alhamdulillah ada juga teringatkan blog ini slepas cikgu Shuhaimi Shoib bertanya tentang blog ini....
haaaaiiiihhhh..........
masih dlm mood bercuti....cikgu2 di skolah pun banyak yg stress...macam2 program sampai tak sempat nak bernafas...lepas satu...dua :-)
sabar je la...
mencari masa......untuk mencuri masa
semoga blog ini membawa faedah kepada semua... harapnye begitu lah...




Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers