Sunday, 11 March 2012

Kursus Kadet Pegawai Tanpa Tauliah (PTT)

March band untuk lagu Gagah Setia

               Pada hari ini berakhirlah Kursus Kadet Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) anjuran bersama PPD Temerloh dan Batalion ke 7RRD Mekanize, Mentakab.

O/C memperkenalkan Pengetua SMKT kepada C/O
             
              Kursus ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Jumaat 9/3/2012 sehingga 11/3/2012. Seramai 60 orang peserta dari 3 buah sekolah di bawah unit gabungan 7RRD iaitu SMK Temerloh, SMK Mentakab dan SMK Karak.

Pemakaian pangkat oleh C/O dan Pengetua kepada Sarjan Rafiezal

              Terima kasih kepada C/O 7RRD, Lt. Kol. Zulfakar Bin Abdul Wahid dan O/C Kompeni A, Kapten Rosli Johnny kerana begitu sporting dan komited dengan PKBM (D).


             Alhamdulillah...tugas telah terlaksana.. banyak lagi tugas2 lain menyusul selepas ini...



~Gagah Setia~

Wednesday, 7 March 2012

Pasukan Badan Beruniform Cemerlang Negeri Pahang



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu majlis ini yang pada mulanya telah ditunda pada Disember tahun lalu akhirnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Negeri Pahang 2010/2011 telah berjaya berlangsung di BTPN Negeri Pahang.


Tahniah diucapkan kepada Pasukan PKBM (D) SMK Temerloh.... apabila membicarakan tentang PASUKAN, it is not 'one man show'. Tanpa adanya organisasi tersusun, matlamat yang jelas dan berpijak di bumi nyata, kerjasama erat antara sekolah dan agensi, kekuatan guru, kesabaran ibubapa serta keupayaan kadet, maka kesemua ini tidak mungkin tercapai.


Kepada kadet2 PKBM (D) sekolah lain atau dari unit gabungan yang lain di seluruh negara, kejayaan ini adalah kejayaan bersama. Lihat dari sudut positif bahawa Pasukan kita adalah terbaik dengan keyakinan yang ada.



Pasukan Badan Beruniform Cemerlang Negeri  Pahang Tahun 2010/2011


Tahniah kepada penganjur kerana mendapatkan tempat yang sesuai untuk diadakan majlis berprestij sebegini rupa berbanding venue sebelum ini. Ditambah dengan keindahan laut di seberang jalan...sungguh mendamaikan dan memberi inspirasi!


Sunday, 19 February 2012

Sambutan PKBM (D) untuk mesy. PIBG

Pada hari Sabtu  17 Februari 2012 daiadakan Mesy. Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Temerloh.

Kadet PKBM (D) diberi mandat untuk menyambut kehadiran YB Dato' Norzan Bin Hj. Ahmad, Exco Kerajaan Negeri Pahang untuk merasmikan mesyuarat tersebut.

Tahniah kepada 16 orang kadet termasuk I/C skuad, Black diatas komitmen anda... dapat pengalaman untuk perbarisan tabik hormat dan belajar melapor..

Semangat untuk perbaiki pemakaian kadet selepas ini...

Sunday, 1 January 2012

~ Kebitaraan PKBM ~

Syok sendiri ke entri ni?

Tak... ini yang betul2.. bukan dugaan....

Macam  ni ceritanya...

Dengan rasa rendah diri, Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh seramai 110 orang guru dan 1200 orang pelajar telah memberi kepercayaan kepada Cikgu Abba Fazilah sebagai Penyelaras Jawatankuasa Sekolah berprestasi Tinggi  (SBT) dan Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi Unit Beruniform PKBM (D). Skop yang terlibat ialah:

  1. Kebitaraan Sains dan Teknologi
  2. Kebitaraan Petah Bicara
  3. Kebitaraan PKBM (D)
  4. Kebitaraan Memanah
Bagi yang masih tak faham lagi....

SBT sub komponen daripada 4 komponen NKRA Pendidikan iaitu salah satu usaha untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia. chewah...

Matlamat utama ialah mejadikan sekolah berprestasi tinggi (SBT) sebagai tanda aras kecemerlangan bagi dicontohi sekolah lain terutama sekolah kebangsaan.

Bukan sekadar mengiktiraf kecemerlangan sekolah, SBT juga adalah 'makmal-makmal' idea di mana sekolah diberi autonomi untuk inovasi dan kreativiti untuk memastikan kejayaan cemerlang murid.

Nak cerita panjang lebar mengenai SBT ini memang tak habis2...

Dipendekkan cerita...(yang berkenaan dgn skop kita shj iaitu PKBM)

  • Untuk mencapai SBT, sekolah perlu memberi sumbangan kepada sekolah lain melalui program Mentor oleh guru SBT, perkongsian bahan dan pengetahuan dan perkongsian amalan terbaik. (macam yang saya buat ni hee~.....)

  • SBT perlu menekankan kepada ciri-ciri pembangunan berterusan status mereka melalui peningkatan pelan strategik, pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan.

  • SBT perlu memastikan peningkatan tahap prestasi (akademik, kokurikulum dan sukan) serta program jalinan dengan universiti tempatan ataupun luar negara.


Balik ke asal, semua benda yang di buat oleh seorang pendidik itu akhirnya kembali juga kepada tujuan asal iaitu untuk memberi ilmu secara langsung atau tidak langsung kepada pelajar supaya apabila habis sekolah nanti, ilmu2 yang di dapati disekolah dapat memanfaatkan dirinya semula...

Mejar Hisyam dalam sms "bagus la tu satu cabaran" ~ huhu....Tuan pun tak de dah Tahun 2012

Saturday, 31 December 2011

Eh...ni blog saye lah....

Selamat Tahun Baru...



Teaching and Learning in the science laboratory


Pada asalnya blog ini dibina untuk berkongsi pengalaman dan keseronokan bersama kadet2 PKBM. Lama2 tu rasa macam banyak sangat entri nak masuk. Nak kata banyak masa sangat tu pun tak jugak.. dengan askar bertiga ni, tak ada masa untuk rehat langsung unless semua tidur barulah boleh rilex sikit.

Selain PKBM?

Baca buku... buku sangat banyak, nak review satu persatu takes time sebab content heavy.. tgh nak relate sana sini. Hmph... tutup buku, tidur. Buuat masa ni, belum feel lagi nak baca buku2 yang bersusun dalam almari tu..

Selain tu?

Mencuba resipi baru... Aduh... tgh diet la. Makanan berkalori tinggi, manis, bergula, berlemak, berminyak is restricted for the time being.

Other then that...

Hmm... Ni lah yang nak cerita ni.... Disiplin.

Saje nak cerita.. since posting 2004, dah nak 8 tahun service mmg lah muka ni muka guru Disiplin. SMK Rapat Setia Ipoh, SMK Cenderawasih, Kuantan dan SMK Temerloh.
Rasanya lepas ni saya nak berkongsi pengalaman.. (bukan pengalaman mengendalikan disiplin...banyak sangat dan menambahkan stress) tapi pengalaman bagaimana seorang guru mengendalikan disiplin dengan betul mengikut prosedur supaya kita tidak menjadi kambing hitam yang bakal di sembelih.

Untuk tahun baru 2012, saya masih lagi  selama 3 tahun di SMK Temerloh ini menjadi Penyelaras Disiplin membantu Cikgu Azhari. (Really respect him and he is my mentor).

Bersemangat nak masuk sekolah semula berjumpa anak murid dan kadet2 tersayang..

Lawatan Left. Kol. Zainuddin ke SMK Temerloh - 2010

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog...


me.. :-) Left. Kol. Zainuddin and Cikgu Abd. Rahman

Saya sedang men'clear'kan laptop saya untuk di format, saya terjumpa beberapa gambar yang patut dikongsi bersama pembaca.

Disambut oleh GPK Ko ~ Ridhuan Mahussin

Di bilik Pengetua bersama Pengerusi PKBM 2010 ~ aWe

Wakil dari 7RRD, Cik Afandi dan Staf Mahuri
 Lawatan tersebut bertarikh 4 November 2010.

Tujuan lawatan Left. Kol. Zainuddin dari Markas Medan adalah untuk:
  • Melawat sekolah (dan unit) di Negeri Pahang yang Johan majoriti pertandingan di Perkhemahan Peringkat Negeri Pahang Tahun 2010. Johan Menembak, Johan Merempuh Halangan, Johan Pandu Arah, Johan Malam Bakat... Corot Kawad (Johan SMK Jerantut Unit 505 AW)... Tak lupa SMK Mentakab dan SMK Karak.

  • Mengetahui samada guru-guru menghadiri seminar peringkat Negeri yang diadakan.

  • Mengetahui Pengurusan Logistik barang-barang PKBM yang dibekalkan.

Pada tahun tersebut, SMK Temerloh tidak mempunyai stor dan tidak menyimpan sebarang peralatan PKBM disebabkan jarak antara sekolah dan unit yang dekat maka semua peralatan di pulangkan sebaik sahaja habis digunakan.

Lef. Kol. Zainuddin menyatakan bahawa baju No. 5 / loreng (kefahaman saya, semua skali termasuk berey dan spike boot) tidak boleh di simpan di sekolah.

Saranan beliau, pakaian yang lain, boleh disimpan di sekolah dengan syarat, Almari serta bilik tersebut berkunci. Senang cerita, untuk keselamatan peralatan tersebut dari kes hilang atau curi.

Maka dengan itu, pada Tahun 2010, SMK Temerloh mempunyai 2 buah loker pakaian No.3, T-shirt PT loreng, T-shirt berkolar PKBM, Seluar trek PKBM, serta stoking2 busuk didalam Bilik Disiplin.

Kepada pegawai2 PKBM termasuk semua skot semasa Kursus, harap boleh jadikan ini sebagai panduan kerana...

saya suka menyampaikan maklumat2 berguna bagi memantapkan Pengurusan PKBM di sekolah.

Wassalam...





Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers