Saturday, 31 December 2011

Eh...ni blog saye lah....

Selamat Tahun Baru...



Teaching and Learning in the science laboratory


Pada asalnya blog ini dibina untuk berkongsi pengalaman dan keseronokan bersama kadet2 PKBM. Lama2 tu rasa macam banyak sangat entri nak masuk. Nak kata banyak masa sangat tu pun tak jugak.. dengan askar bertiga ni, tak ada masa untuk rehat langsung unless semua tidur barulah boleh rilex sikit.

Selain PKBM?

Baca buku... buku sangat banyak, nak review satu persatu takes time sebab content heavy.. tgh nak relate sana sini. Hmph... tutup buku, tidur. Buuat masa ni, belum feel lagi nak baca buku2 yang bersusun dalam almari tu..

Selain tu?

Mencuba resipi baru... Aduh... tgh diet la. Makanan berkalori tinggi, manis, bergula, berlemak, berminyak is restricted for the time being.

Other then that...

Hmm... Ni lah yang nak cerita ni.... Disiplin.

Saje nak cerita.. since posting 2004, dah nak 8 tahun service mmg lah muka ni muka guru Disiplin. SMK Rapat Setia Ipoh, SMK Cenderawasih, Kuantan dan SMK Temerloh.
Rasanya lepas ni saya nak berkongsi pengalaman.. (bukan pengalaman mengendalikan disiplin...banyak sangat dan menambahkan stress) tapi pengalaman bagaimana seorang guru mengendalikan disiplin dengan betul mengikut prosedur supaya kita tidak menjadi kambing hitam yang bakal di sembelih.

Untuk tahun baru 2012, saya masih lagi  selama 3 tahun di SMK Temerloh ini menjadi Penyelaras Disiplin membantu Cikgu Azhari. (Really respect him and he is my mentor).

Bersemangat nak masuk sekolah semula berjumpa anak murid dan kadet2 tersayang..

Lawatan Left. Kol. Zainuddin ke SMK Temerloh - 2010

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog...


me.. :-) Left. Kol. Zainuddin and Cikgu Abd. Rahman

Saya sedang men'clear'kan laptop saya untuk di format, saya terjumpa beberapa gambar yang patut dikongsi bersama pembaca.

Disambut oleh GPK Ko ~ Ridhuan Mahussin

Di bilik Pengetua bersama Pengerusi PKBM 2010 ~ aWe

Wakil dari 7RRD, Cik Afandi dan Staf Mahuri
 Lawatan tersebut bertarikh 4 November 2010.

Tujuan lawatan Left. Kol. Zainuddin dari Markas Medan adalah untuk:
  • Melawat sekolah (dan unit) di Negeri Pahang yang Johan majoriti pertandingan di Perkhemahan Peringkat Negeri Pahang Tahun 2010. Johan Menembak, Johan Merempuh Halangan, Johan Pandu Arah, Johan Malam Bakat... Corot Kawad (Johan SMK Jerantut Unit 505 AW)... Tak lupa SMK Mentakab dan SMK Karak.

  • Mengetahui samada guru-guru menghadiri seminar peringkat Negeri yang diadakan.

  • Mengetahui Pengurusan Logistik barang-barang PKBM yang dibekalkan.

Pada tahun tersebut, SMK Temerloh tidak mempunyai stor dan tidak menyimpan sebarang peralatan PKBM disebabkan jarak antara sekolah dan unit yang dekat maka semua peralatan di pulangkan sebaik sahaja habis digunakan.

Lef. Kol. Zainuddin menyatakan bahawa baju No. 5 / loreng (kefahaman saya, semua skali termasuk berey dan spike boot) tidak boleh di simpan di sekolah.

Saranan beliau, pakaian yang lain, boleh disimpan di sekolah dengan syarat, Almari serta bilik tersebut berkunci. Senang cerita, untuk keselamatan peralatan tersebut dari kes hilang atau curi.

Maka dengan itu, pada Tahun 2010, SMK Temerloh mempunyai 2 buah loker pakaian No.3, T-shirt PT loreng, T-shirt berkolar PKBM, Seluar trek PKBM, serta stoking2 busuk didalam Bilik Disiplin.

Kepada pegawai2 PKBM termasuk semua skot semasa Kursus, harap boleh jadikan ini sebagai panduan kerana...

saya suka menyampaikan maklumat2 berguna bagi memantapkan Pengurusan PKBM di sekolah.

Wassalam...





Saturday, 24 December 2011

Video Majlis Penutup Kursus





24 hari telah berakhir kursus, baru terjumpa video Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai PKBM (D) Siri 1/2011 di Youtube. Memory remains....

Tahniah kepada AJK Multimedia, Cikgu Sabri dari SMK Mentakab. Good Job... Nice editing.

Enjoy the video...

muvee

24 Disember 2011

11:17 PM

Watching Behind enemy lines with kids....


Just to share some of our FAV. collection of movie that we watch @ home.









All the above I believe is a movie based on the actual event.

Here is the fictional one..
A cartoonish, over the top film abou the US Army Ranger.



and the list will be continue...

sketches










Nice sketches.... BUT THEY R NOT MINE.

Credit to GGK http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/

Such an honour that u follow this humble blog.

Friday, 23 December 2011

Blogwalking....

23 Disember 10:47 pm

US Marines and Tentera Darat Malaysia @ Tioman during exercise CARAT



Blogwalking malam ni... (anak2 semua dah tido... loves ones pun kejauhan..)

From one blog leads to another bermula dengan blog http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/ berpinar bijik mata sekejap. Info yang sangat banyak antara real and fiction..tak sempat nak review semua banyak sangat post yang menarik, memerlukan daya kognitif tinggi untuk explore blog ini. Hampir 300 posting since 2009 dengan layout yang mencabar. Terasa nak belajar graphic lepas tgk blog ni huhu...

Next, http://askarsetia.blogspot.com/ honouring all who serve.. pengalaman dan luahan rasa bekas pegawai di AW 515.

Next http://totis-aku.blogspot.com/ cerita pasal paintball dan tentera.. biasa dah jumpa yang minat military nak lepas geram mesti join paintball. Kat Temerloh ada ke paintball? heheh... Baik gi menembak dengan kadet kat lapangsasar 7RRD tu.

Tu je lah dulu... tak larat pulak menahan mata ni...

adios..

Thursday, 1 December 2011

Perasmian Penutup Kursus Asas Bakal Pegawai PKBM (D) Siri 1/2011

Tarikh: 29 November 2011

Tempat: Auditorium PUSWATAN

Masa: 0900H

Jemputan: Kolonel Ahmad Jamaludin Bin Royan ~ Kolonel Latihan MK Medan Tentera Darat

  
Kawad Terbaik: Cikgu Shahrul            Menembak Tebaik: Ustaz Hafidz


Ketenteraan Terbaik: Cikgu Zawizaz Bin Yahaya


Jaguh Menembak


Cikgu Hafizal Bentong, YDP (ketenteraan Terbaik) dan Mejar Asri Bin Adom

Menembak ~ Lapangsasar PGA

28 November 2011
Tempat: Lapangsasar PGA Ulu Kinta
Aktiviti:
  • Angkat khemah, meja, kerusi, target, M 16....semua lah senang cerita...ke dalam trak
  • Turun khemah, meja, kerusi, target, M 16....semua lah senang cerita...turun trak
  • Pelarasan Senjata 10 butir
  • Break pagi
  • Menembak jarak 200 m 4 kedudukan bermasa 20 butir
  • Menembak jarak 100 m 4 kedudukan bermasa 20 butir
  • Penyampaian hadiah 4 terbaik. Jaguh: Ustaz Hafidz, Nordin, Siti Sarah, Asrul.
  • Angkat khemah, meja, kerusi, target, M 16....semua lah senang cerita...ke dalam trak
  • Sesi bergambar
  • Turun khemah, meja, kerusi, target, M 16....semua lah senang cerita...turun trak
Pergh!! bukan penat menembak. Penat angkat barang... tersadai semua...


askar wok yoh mengangkat peralatan
pelarasan senjata

Airborne Azman, airborne Husni dan Sniper Hisham

AJK Multimedia ~ Sabri yang excellent!

Monday, 28 November 2011

Promosi Angkatan Sukarela ATM




29 November 2011
0830 H
Mejar Shamsuri

ATM terbahagi kepada 2:
  1. Angkatan Tetap
  2. Angkatan Sukarela
Maklumat:
  • Angkatan Sukarela dikenali sebagai Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT)
  • Statistik 2008, 32% sukarela dalah daripada sektor swasta, 15.31% dari sektor kerajaan.
  • Struktur pangkat adalah sama dengan Angkatan Tetap
  • Kekuatan ATM:  ~ Tahun 2000-2010 Nisbah tetap dan simpanan ialah 1:1, tahun 2020 1:3
  • Sukarela: Kontrak selama 5 tahun, boleh datang bila2 masa apabila jadual dikeluarkan. Dibayar elaun apabila menghadiri latihan. Tidak terikat dengan tempoh perkhidmatan. Tidak terikat dengan undang2 kecuali semasa menjalani latihan.
  • Bidang kepakaran yang ditawarkan: Siri 500, Armor
  • Pelan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. Kematian/Kecacatan/Ketidakupayaan tetap RM 20 000.

  • Latihan Tempatan:
  1. Dilaksanakan di kem latihan yang berdekatan
  2. Masa yang bersesuaian ~hujung minggu
  3. Jangkamasa 2 - 12 jam sehari
  4. Jumlah jam setahun: Tidak lebih 240 jam setahun @ 20 hari setahun (pasukan bukan teknikal). Tidak melebihi 360 jam setahun @ 30 hari setahun (pasukan teknikal)
  5. Latihan berterusan: tidak kurang daripada 3 hari tidak lebih 14 hari
  6. Latihan kem tahunan. Dilksanakan 15 hari dalam setahun: 7 hari di pengkalan, 8 hari di medan. (aplikasi IMP, taktikal, pengendalian senjata dan latihan lain)
  • Syarat2 asas kemasukan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Pemeriksaan Perubatan (X-ray, ujian darah)
  3. Lulus tapisan keselamatan
  4. Syarat2 lain yang dikenakan oleh Panglima Perkhidmatan masing2.
taklimat yang simple sahaja.

Berita lanjut Pelancaran Askar Wataniah 20 Nov di Lenggong

Haykal ~ history of the inguinal hernia

Petang tadi selepas menembak di Lapangsasar PGA Ulu Kinta, squad berkumpul di Pondok skot (Perkampungan senjata) setelah draw senjata M 16 dari Arm squad.

Terlihat Sarjan Hisyam dok melepak diatas bangku batu, lantas bertanyakan kesihatan anaknya yang baru operate mata di ISC (Ipoh Specialist Centre). Sjn bercerita perihal anaknya yang ada ketumbuhan di bahagian dalam mata, check di ISC dan terus operate. Alhamdulillah semuanya selamat..


 Bila dah terbuka cerita perihal anak2 ni, teringat pula pada tahun 2009, Mohamad Imran Haykal juga berada di ISC untuk minor operation sewaktu abahnye sibuk dengan kursus yang sama, Kursus Asas Bakal Pegawai PKBM (D) Sesi 1/2009. Uminya pula baru masih dalam pantang melahirkan anak ketiga.

So this is another story of Haykal.

Since he age 7 month or so, nampak bengkak pada bahagian kerandut zakar. Soon after barulah tahu itu adalah angin pasang atau dalam bahasa saintifiknya  hernia. Bahagian usus kecil telah masuk ke dalam bahagian kerandut zakat kerana saluran inguinal yang lemah. Pada mulanya usus kecil ini boleh ditolak masuk ke dalam rongga abdomen tetapi pada tarik 26 November 2009, kerandut zakarnye mengeras dan usus kecil itu tidak boleh ditolak masuk balik sehingga Haykal menangis 1 malam tak henti2 dan muntah2.

Apalagi, terus call abahnya yang masih berada di PUSWATAN maghrib tersebut terus menuju ke ISC. Tanpa berlengah, selepas pendaftaran doktor yang bertugas terus memanggil doktor pakar. Jam 10 malam Haykal dimasukkan dalam Operation theater. Selepas satu jam setengah yang bergolak dengan pelbagai perasaan, Umi dibenarkan masuk untuk bersama2 Hayakal yang pada ketika itu masih dipengaruhi ubat bius. Keep the story short, Doktor mengatakan bahawa saluran inguinal telah mencerut usus kecil dan jika lewat membawa ke hospital, saluran darah tidak akan masuk ke bahagian tersebut mengakibatkan usus akan mati dan terkena jangkitan. Nauzubillah...


Sakit sangat sampai anak mengangkat sebelah kakinya untuk mengurangkan sakit.
Jenuh tgk anak dalam keadaan macam ni.
Tak pelah bayar aje lah berapa yang kena pun, duit boleh di cari.
Haykal selepas operate bersama Hazeeq. Thanx to abah yang jaga Haykal semalaman di ISC.
Really appreciate it.

Esoknye dah boleh keluar wad dan nak tau ape yang Haykal buat?

Masuk ke dalam sebaldi air dan duduk berendam!!!


Lebih kurang macam ni ~gambar hiasan~

Perjumpaan Kolonel Jamaludin bersama guru PKBM

Rabu 22 November 2011
Auditorium PUSWATAN
1040 H
Tetamu kehormat: Kolonel Ahmad Jamaludin Bin Royan
                            Pegawai kanan Bahagian Latih MK Medan, Sungai Besi.

Diiringi: Kem komandan PUSWATAN, Left Kolonel Pazil Bin Mat
           
Agenda:
Perjumpaan bersama guru2 PKBM untuk mengetahui masalah yang berbangkit perihal pengurusan PKBM.

Soalan 1 
  1. Masalah masa kursus yang diadakan sama dengan pelajar ambil SPM.
  2. Masalah pengetua tak memberi kebenaran untuk menghadiri kursus.
Jawapan:
  1. Semua penuntut yang lain bersetuju inilah masa terbaik untuk diadakan kursus. Habis.
  2. Pengetua kena faham tugas dalam pengurusan kokurikulum.
Soalan 2
  1. Guru PKBM adalah orang awam yang secara langsung dan tidak langsung terlibat dalam aktiviti ketenteraan. Ada di kalangan guru yang berminat menyertai AW. Tempoh kursus asas Bakal Pegawai PKBM adalah sama dengan kursus asas AW (rekrut). Bolehkah guru terus ke kursus PO tanpa perlu rekrut?
Jawapan:
Tempoh sama tapi silibus tak sama kerana tak ada CIW dan CW. Boleh dibincangkan dan di bawa kehadapan. Habis.

Soalan 3

Apabila balik ke sekolah, susah untuk guru mengarahkan pihak pengetua dan pihak PPD, JPN untuk mentauliahkan guru2 dengan pangkat Leftenen Muda. Di cadangkan agar guru2 ditauliahkan selepas habis kursus.

Jawapan:
Idea yang baik. Akan cuba tauliahkan guru2 PKBM selepas habis kursus. Bawa kepada KPM Bahagian Kokurikulum En. Rashid Bin Mean.

Soalan 4:
Bila nak adakan Kursus Lanjutan Pegawai PKBM (D)

Jawapan:
Seramai 157 orang guru telah hadir Kursus Asas, 300 orang guru masih belum menghadiri Kursus Asas, Jadi, bilangan seramai 157 orang guru ini boleh memohon untuk kursus lanjutan. InsyaAllah tahun depan. :-)



Intro dari Kolonel Jamaluddin dari MK Medan

Ada yang komen askar wok yoh ni dah nak sama dah dgn askar regular lepas 3 minggu di PUSWATAN. gOoD!!!


Sunday, 27 November 2011

Galakan Penyertaan Guru dan Bekas Ahli PKBM Dalam Askar Wataniah




MK TD/G8/3/15 bertarikh 13 September 2011

  • Bahagian Pasukan Simpanan, MK Tentera Darat dalam membuat penambahan keanggotaan sukarelawan bagi memenuhi keperluan 1: 2 anggota menjelang tahun 2020. Jumlah keanggotaan sukarelawan yang diperlukan selaras dengan Key Performance Indicator (KPI) yang telah digariskan oleh YB Menteri Pertahanan.

  • Justeru, bagi menjurus ke arah pencapaian matlamat tersebut Sel PKBM MK Medan TD telah diamanahkan untuk membantu dalam menjayakan ke arah sasaran tersebut. Bagi memudahkan aspek pengurusan tersebut, markas ini memohon pihak KPM mempromosikan agenda penambahan anggota sukarelawan dengan memfokus kepada Guru PKBM dan juga kadet PKBM Darat yang telah menamatkan persekolahan dengan menyertai Askar Wataniah (AW).

  • Pemilihan guru dan bekas pelajar ini adalah kerana mereka telah pun disedahkan dengan asas ketenteraan yang memudahkan mereka meneruskan latihan apabila menyertai AW.

Saturday, 26 November 2011

~ PKBM ~

KPM dan ATM di Majlis Penutup Perkhemahanan PKBM (D) 2011







Sedikit sebanyak mengenai apakah itu PKBM.

  1. PKBM ditubuhkan seawal tahun 1923. Dikenali sebagai Pasukan Kadet Tentera. Terhenti pada WWII (1942-1950)
  2. Ditukar kepada Ordinan Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1952 (No. 46)
  3. Ditukar kepada Undang-Undang Angkatan Kadet Persekutuan Tanah Melayu L/N/335 Tahun 1954
  4. Ditukar kepada Akta PKBM 1967 (Akta 417) No. 68.

Matlamat:

Untuk melahirkan individu yang berdisiplin, bersemangat patriotik dan mempunyai daya kepimpinan yang berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.

Elemen Penting dalam PKBM:
  • Anak murid
  • Unit gabungan
  • Pihak sekolah

Objektif latihan PKBM:

Memupuk tatatertib yang baik melalui pendedahan budaya dan tradisi tentera.


Silibus latihan PKBM:
  • Kawad
  • Latihan Senjata
  • Baca Peta (Pandu Arah)
  • Kecergasan Jasmani
  • Pertolongan cemas
  • IMP
~ tertakluk kepada silibus yang telah dirangka dan dipinda dalam buku Pengurusan PKBM Darat yang baru (Oktober 2011)

Garis panduan latihan:
  • Berkesan
  • Menarik
  • Progresif

Pertolongan Cemas

Tarikh: 18 November 2011
Tempat: Dewan Syarahan Puswatan
Masa: 1100 H

Pertolongan cemas didefinisikan sebagai perawatan sementara sebelum sampai hospital

Prinsip2 Pertolongan Cemas:
  • Selamatkan nyawa
  • Kurangkan sakit
  • Elak dijangkiti penyakit

Cogankata Pertolongan Cemas:
  • Lihat
  • Fikir
  • Buat ~ Bertindak dengan tenang dan sabar

Kepimpinan ATM

Tarikh: 25 November 2011
Masa: 1100 H
Tempat: Dewan Kuliah
Pentadbiran:
  • Kepimpinan ATM ~ Left. Kol. Cheong Lai Huat


Left. Kol. Cheong ~ 33 years service in ATM

Factors of leadership:
  • The follower
  • The leader
  • Communication
  • The situation
Leader:
  • Know the stength
  • Mentally able to withstand pressure
  • Understand human nature ~ know their charachter/ look out for their well being
  • Technical and tactical
  • Must be able to make decision (sound and time)
  • Seek for responsibility NOT avoid from responsibility
Types of leader:
  • Autocratic  : Control the situation
  • Democratic: Consensus from the rest
  • Laiszes-fair: "up to you"

Pistol Browning

Hari: Jumaat 25 November 2011
Masa: 0800 H
Tempat: Pondok Skot

Pentadbiran:
  • Pelajaran Pistol Browning 9mm

Asrul dan Zul Husni ~ ala2 koboi..

Maklumat Pistol Browning 9mm



         

Pandu Arah

Tarikh: 24 November 2011

Lokasi: 3 km dari Simpang Pulai (Taman Botani) ke Kg. Seri Rahmat

Grid: CP mula ~ 458 999
        CP akhir ~ 443 986

Jarak atas peta : 2 km

Masa berlepas dan sampai: 1jam 38 minit

(Teringat time bawa kadet PKBM Peringkat Kebangsaan, 4.4km atas peta ambil masa 1 jam 24 minit sahaja huhuhu...)

Bil. Sendikit: 4

Ketua sendiket 1 bersama skot.
ingatkan ada jual deroyan kat tepi jalan..

Cik Zaidi~ watak yang penting di PUSWATAN


Tahniah Sendiket 1 kerana berjaya sampai ke CP akhir terpantas.

Tuesday, 22 November 2011

Pelajaran Colt M 16 dan AUG Styer

Tarikh: 21 November 2011
Masa: 0800 H
Tempat: Perkampungan Senjata PUSWATAN

Pentadbiran:
  • Pelajaran Senjata Colt M 16 dan AUG Styer
Pel 1: Mengenali Bentuk Rupa
Pel 2: Membuka dan memasang
Pel 3: TSM
  • Kelopak kosong
  • Peluru tak meletup
  • Halangan dalam badan
Membuka dan memasang M 16
Membuka dan memasang Styer ~ Sarjan Jefri
Styer
M 16

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers