Terlihat Sarjan Hisyam dok melepak diatas bangku batu, lantas bertanyakan kesihatan anaknya yang baru operate mata di ISC (Ipoh Specialist Centre). Sjn bercerita perihal anaknya yang ada ketumbuhan di bahagian dalam mata, check di ISC dan terus operate. Alhamdulillah semuanya selamat..
Bila dah terbuka cerita perihal anak2 ni, teringat pula pada tahun 2009, Mohamad Imran Haykal juga berada di ISC untuk minor operation sewaktu abahnye sibuk dengan kursus yang sama, Kursus Asas Bakal Pegawai PKBM (D) Sesi 1/2009. Uminya pula baru masih dalam pantang melahirkan anak ketiga.
So this is another story of Haykal.
Since he age 7 month or so, nampak bengkak pada bahagian kerandut zakar. Soon after barulah tahu itu adalah angin pasang atau dalam bahasa saintifiknya hernia. Bahagian usus kecil telah masuk ke dalam bahagian kerandut zakat kerana saluran inguinal yang lemah. Pada mulanya usus kecil ini boleh ditolak masuk ke dalam rongga abdomen tetapi pada tarik 26 November 2009, kerandut zakarnye mengeras dan usus kecil itu tidak boleh ditolak masuk balik sehingga Haykal menangis 1 malam tak henti2 dan muntah2.
Apalagi, terus call abahnya yang masih berada di PUSWATAN maghrib tersebut terus menuju ke ISC. Tanpa berlengah, selepas pendaftaran doktor yang bertugas terus memanggil doktor pakar. Jam 10 malam Haykal dimasukkan dalam Operation theater. Selepas satu jam setengah yang bergolak dengan pelbagai perasaan, Umi dibenarkan masuk untuk bersama2 Hayakal yang pada ketika itu masih dipengaruhi ubat bius. Keep the story short, Doktor mengatakan bahawa saluran inguinal telah mencerut usus kecil dan jika lewat membawa ke hospital, saluran darah tidak akan masuk ke bahagian tersebut mengakibatkan usus akan mati dan terkena jangkitan. Nauzubillah...
Sakit sangat sampai anak mengangkat sebelah kakinya untuk mengurangkan sakit. Jenuh tgk anak dalam keadaan macam ni. Tak pelah bayar aje lah berapa yang kena pun, duit boleh di cari. |
Haykal selepas operate bersama Hazeeq. Thanx to abah yang jaga Haykal semalaman di ISC. Really appreciate it. |
Esoknye dah boleh keluar wad dan nak tau ape yang Haykal buat?
Masuk ke dalam sebaldi air dan duduk berendam!!!
Lebih kurang macam ni ~gambar hiasan~ |
ReplyDeletenice blog,thanks for sharing..........
Interference Analysis in India
Interference Analysis
Interference Analysis in USA
Interference Analysis in UK