Saturday 31 December 2011

Lawatan Left. Kol. Zainuddin ke SMK Temerloh - 2010

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog...


me.. :-) Left. Kol. Zainuddin and Cikgu Abd. Rahman

Saya sedang men'clear'kan laptop saya untuk di format, saya terjumpa beberapa gambar yang patut dikongsi bersama pembaca.

Disambut oleh GPK Ko ~ Ridhuan Mahussin

Di bilik Pengetua bersama Pengerusi PKBM 2010 ~ aWe

Wakil dari 7RRD, Cik Afandi dan Staf Mahuri
 Lawatan tersebut bertarikh 4 November 2010.

Tujuan lawatan Left. Kol. Zainuddin dari Markas Medan adalah untuk:
  • Melawat sekolah (dan unit) di Negeri Pahang yang Johan majoriti pertandingan di Perkhemahan Peringkat Negeri Pahang Tahun 2010. Johan Menembak, Johan Merempuh Halangan, Johan Pandu Arah, Johan Malam Bakat... Corot Kawad (Johan SMK Jerantut Unit 505 AW)... Tak lupa SMK Mentakab dan SMK Karak.

  • Mengetahui samada guru-guru menghadiri seminar peringkat Negeri yang diadakan.

  • Mengetahui Pengurusan Logistik barang-barang PKBM yang dibekalkan.

Pada tahun tersebut, SMK Temerloh tidak mempunyai stor dan tidak menyimpan sebarang peralatan PKBM disebabkan jarak antara sekolah dan unit yang dekat maka semua peralatan di pulangkan sebaik sahaja habis digunakan.

Lef. Kol. Zainuddin menyatakan bahawa baju No. 5 / loreng (kefahaman saya, semua skali termasuk berey dan spike boot) tidak boleh di simpan di sekolah.

Saranan beliau, pakaian yang lain, boleh disimpan di sekolah dengan syarat, Almari serta bilik tersebut berkunci. Senang cerita, untuk keselamatan peralatan tersebut dari kes hilang atau curi.

Maka dengan itu, pada Tahun 2010, SMK Temerloh mempunyai 2 buah loker pakaian No.3, T-shirt PT loreng, T-shirt berkolar PKBM, Seluar trek PKBM, serta stoking2 busuk didalam Bilik Disiplin.

Kepada pegawai2 PKBM termasuk semua skot semasa Kursus, harap boleh jadikan ini sebagai panduan kerana...

saya suka menyampaikan maklumat2 berguna bagi memantapkan Pengurusan PKBM di sekolah.

Wassalam...





1 comment:

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers