Sunday 11 March 2012

Kursus Kadet Pegawai Tanpa Tauliah (PTT)

March band untuk lagu Gagah Setia

               Pada hari ini berakhirlah Kursus Kadet Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) anjuran bersama PPD Temerloh dan Batalion ke 7RRD Mekanize, Mentakab.

O/C memperkenalkan Pengetua SMKT kepada C/O
             
              Kursus ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Jumaat 9/3/2012 sehingga 11/3/2012. Seramai 60 orang peserta dari 3 buah sekolah di bawah unit gabungan 7RRD iaitu SMK Temerloh, SMK Mentakab dan SMK Karak.

Pemakaian pangkat oleh C/O dan Pengetua kepada Sarjan Rafiezal

              Terima kasih kepada C/O 7RRD, Lt. Kol. Zulfakar Bin Abdul Wahid dan O/C Kompeni A, Kapten Rosli Johnny kerana begitu sporting dan komited dengan PKBM (D).


             Alhamdulillah...tugas telah terlaksana.. banyak lagi tugas2 lain menyusul selepas ini...



~Gagah Setia~

1 comment:

  1. Amazing content.Thanks for sharing. Please do visit the link below.
    Interference Analysis

    ReplyDelete

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers