Wednesday 18 May 2011

Senarai nama yang terpilih ke Perkhemahan PKBM (D) Peringkat kebangsaan 2011 dah keluar! Tahniah!


           Semalam, Hari Rabu 18 Mei 2011, sewaktu upper form sibuk menjawab soalan peperiksaan akhir tahun, sewaktu adik2 lower form sibuk membuat ulangkaji di saat akhir, telah sampai berita yang di tunggu-tunggu. Berita ini di bawa oleh jurulatih kesayangan kadet iaitu siapa lagi kalau bukan Sjn Saiful, Kop. Faizal dan L.Kop. Ujang.
 Tahniah kepada kadet2 yang terpilih menyertai latihan berpusat seterusnya mewakili Negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan. Wanie, Ct Zubaidah, Lisa, Omey, Madi, Ain, Taufiq, Mierul, Black, Arif dan Syahmi.
Latihan berpusat akan diadakan pada 2 hingga 5 Jun nanti.. Perkara paling penting, minta kebenaran ibubapa serta restu mereka.

Buat masa ni, tumpuan sepenuh perhatian kepada proses mengulangkaji, menjawab soalan-soalan past years dan ulangkaji bersama kawan-kawan.

Buat sepenuh hati dalam apa jua yang kita lakukan. InayaAllah Allah akan memberkati dan mengurniakan keRahmatan Nya kepada hamba-hambaNya....

cHAIYOK! cHAIYOK!!

No comments:

Post a Comment

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers