Sunday 27 November 2011

Galakan Penyertaan Guru dan Bekas Ahli PKBM Dalam Askar Wataniah




MK TD/G8/3/15 bertarikh 13 September 2011

  • Bahagian Pasukan Simpanan, MK Tentera Darat dalam membuat penambahan keanggotaan sukarelawan bagi memenuhi keperluan 1: 2 anggota menjelang tahun 2020. Jumlah keanggotaan sukarelawan yang diperlukan selaras dengan Key Performance Indicator (KPI) yang telah digariskan oleh YB Menteri Pertahanan.

  • Justeru, bagi menjurus ke arah pencapaian matlamat tersebut Sel PKBM MK Medan TD telah diamanahkan untuk membantu dalam menjayakan ke arah sasaran tersebut. Bagi memudahkan aspek pengurusan tersebut, markas ini memohon pihak KPM mempromosikan agenda penambahan anggota sukarelawan dengan memfokus kepada Guru PKBM dan juga kadet PKBM Darat yang telah menamatkan persekolahan dengan menyertai Askar Wataniah (AW).

  • Pemilihan guru dan bekas pelajar ini adalah kerana mereka telah pun disedahkan dengan asas ketenteraan yang memudahkan mereka meneruskan latihan apabila menyertai AW.

9 comments:

  1. kalau dapat surat yang ori lagi baik boleh buat rujukan..

    ReplyDelete
  2. saya bekas ahli PKBM... cmne nak join nih...

    ReplyDelete
  3. sy x-palapes n guru PKBM...berminat..bt how?

    ReplyDelete
  4. Suhaimi:
    Surat ada. Saya dapat dari ajutan PUSWATAN. Surat tersebut dari MK Medan dan s.k semua JPN Negeri.

    ReplyDelete
  5. Anonymous:
    Bekas ahli PKBM: Boleh pergi ke unit siri 500 yang berdekatan dan isi borang. Boleh Rujuk disini http://army.mod.gov.my/raw/index.php/utama/borang-kemasukan-awal-askar-wataniah

    ReplyDelete
  6. Anynomous:
    x-palapes: Setahu saya ex-palapes dikehendaki lapor di unit. Boleh berhubung dengan BPS terus jika ada masalah (baksi dah mati). Cikgu dari sekolah mana?

    ReplyDelete
  7. Hafiz (Guru PKBM (D):
    Kursus Bakal Pegawai Askar Wataniah sama dgn PKBM (D)x? Plz reply e-mail saya hafizyassin@gmail.com.

    ReplyDelete
  8. soalan cikgu saya jawab dalam e-mail. Saya rujuk daripada Cik Zaidi, PW di PUSWATAN Ipoh yang melatih askar Wataniah.

    ReplyDelete
  9. Jawapan nye sama sahaja,
    Jika cikgu bukan ex-PALAPES atau askar Wataniah, cikgu boleh gi Kursus PKBM (D) sahaja.
    Jika cikgu berminat masuk AW, kena gi ke kem siri 500 terdekat, daftar nama untuk Wataniah seterusnya tunggu arahan dari sana.

    ReplyDelete

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers