Monday 19 September 2011

Kanang Anak Langkau

                      Kanang anak Langkau (lahir 1945) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

                     Dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang menyiapkan perkhidmatannya selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.


Amaran! Jangan cuba memperlekehkan pejuangan Angkatan Tentera Malaysia

 
Pengalaman hampir maut memerangi komunis di Perak

          Wira negara, itulah gelaran masyarakat kepada Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Anak Langkau yang melakar sejarah keberanian dan daya juang luar biasa dalam mempertahankan kedaulatan pertiwi.

           Beliau cedera parah di bolos peluru mengenai jantung, usus terburai, rosak buah pinggang dan terlantar di hospital selama 14 bulan. semasa menentang pengganas Komunis di Tanah Hitam, Perak pada tahun 1980.

          Beliau dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada tahun 1981 ~ satu pingat istimewa yang tidak membawa gelaran protokol namun paling tinggi dalam senarai keutamaan Anugerah Persekutuan mengatasi S.M.N dan S.S.M yang membawa gelaran Tun.

           Pada tahun yang sama beliau dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (P.G.B) kemudian sekali lagi dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Falsafah (Peperangan Menentang Pengganas) dari UPNM.

        

No comments:

Post a Comment

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers