Monday 28 November 2011

Promosi Angkatan Sukarela ATM




29 November 2011
0830 H
Mejar Shamsuri

ATM terbahagi kepada 2:
  1. Angkatan Tetap
  2. Angkatan Sukarela
Maklumat:
  • Angkatan Sukarela dikenali sebagai Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT)
  • Statistik 2008, 32% sukarela dalah daripada sektor swasta, 15.31% dari sektor kerajaan.
  • Struktur pangkat adalah sama dengan Angkatan Tetap
  • Kekuatan ATM:  ~ Tahun 2000-2010 Nisbah tetap dan simpanan ialah 1:1, tahun 2020 1:3
  • Sukarela: Kontrak selama 5 tahun, boleh datang bila2 masa apabila jadual dikeluarkan. Dibayar elaun apabila menghadiri latihan. Tidak terikat dengan tempoh perkhidmatan. Tidak terikat dengan undang2 kecuali semasa menjalani latihan.
  • Bidang kepakaran yang ditawarkan: Siri 500, Armor
  • Pelan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. Kematian/Kecacatan/Ketidakupayaan tetap RM 20 000.

  • Latihan Tempatan:
  1. Dilaksanakan di kem latihan yang berdekatan
  2. Masa yang bersesuaian ~hujung minggu
  3. Jangkamasa 2 - 12 jam sehari
  4. Jumlah jam setahun: Tidak lebih 240 jam setahun @ 20 hari setahun (pasukan bukan teknikal). Tidak melebihi 360 jam setahun @ 30 hari setahun (pasukan teknikal)
  5. Latihan berterusan: tidak kurang daripada 3 hari tidak lebih 14 hari
  6. Latihan kem tahunan. Dilksanakan 15 hari dalam setahun: 7 hari di pengkalan, 8 hari di medan. (aplikasi IMP, taktikal, pengendalian senjata dan latihan lain)
  • Syarat2 asas kemasukan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Pemeriksaan Perubatan (X-ray, ujian darah)
  3. Lulus tapisan keselamatan
  4. Syarat2 lain yang dikenakan oleh Panglima Perkhidmatan masing2.
taklimat yang simple sahaja.

Berita lanjut Pelancaran Askar Wataniah 20 Nov di Lenggong

1 comment:

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers