Monday 18 April 2011

Perarakan Merdeka..............

Ketua Platun Syazwani Bt Ahmad
Sarjan kadet Azam Bin Rosdi
Rafizal @ Black
Mierul n Taufiq

Baru sahaja habis berkhemahan Peringkat Negeri pada hujung Julai 2010, sekali lagi PKBM (D) berkhidmat untuk negara pada penghujung Ogos. Ini adalah untuk meraikan hari Kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta.
Satu perkara yang menjadi asas kecintaan kadet PKBM ialah perasaan sayang kepada negara. Pengisian instrinsik dalam aktiviti ini ialah kadet dapat menjiwai watak sebagai seorang warganegara dan setia serta memupuk semangat patriotik.
Alhamdulillah... kadet PKBM (D) SMK Temerloh telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Perarakan Kemerdekaan Peringkat Daerah Temerloh dan mendapat sejumlah RM500. sebagai saguhati.
Walaupun berada dalam Bulan Ramadhan, cikgu amat kagumi kesungguhan kadet. Cikgu hanya boleh memberi galakan dan sokongan, namun andalah yang sentiasa mengharumkan nama sekolah. Tahniah!
                                                                 Hazeeq n Haykal

No comments:

Post a Comment

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers