Thursday 14 April 2011

Terkenang.... Menjelang Perkhemahan PKBM (D) Peringkat Negeri

Dalam kesibukan bersama kadet-kadet dalam persediaan menghadapi Perkhemahan peringkat Negeri tahun ini, terkenang kembali kegemilangan yang telah dicapai oleh kadet dalam perkhemahan tahun lalu.. Cikgu selalu ingatkan kadet, kita pergi bertanding dalam keadaan yang cukup bersedia, bukan pergi sekadar isi masa lapang. Kita pergi dengan harapan untuk menang. Kalau boleh, menang semua. Serupa troopers yang bersiap sedia untuk ke medan perang....
Tahun 2010, Unit Gabungan 7 Renjer telah bolot kebanyakan pertandingan; merempuh halangan, compass marching, menembak (gambar cikgu bersama jaguh menembak, Ain) namun bolos dalam kawad senjata. Strategi dan taktikal dikemaskini dengan tekad menebus kekalahan tahun lalu.. berkat usaha dan doa semua.. InsyaAllah....

Tidak berhenti setakat itu, kegilaan kemenangan umpana sang musafir yang dahaga di lautan pasir, malam persembahan Bakat juga berpihak kepada 7 Renjer...wah... suka betul jurulatih dan juruletih tatkala diumum sebagai johan Perkhemahan PKBM (D) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2010.. Alhamdulillah.. Kemenangan tidak akan datang bergolek tanpa usaha banyak pihak...
Itulah sedikit sebanyak corat-coret suki-suki kadet-kadet PKBM SMK Temerloh, SMK Karak dan SMK Mentakab. I'm having fun spending time with all of you!!! Enjoy the pics...

No comments:

Post a Comment

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers