Friday 22 April 2011

Too close..but too far away

Petang Khamis 21 April 2011
Jurulatih PKBM unit 7 Renjer ramai yang muka senget... termasuk la seorg cikgu yang mendapat perkhabaran yang mendukacitakan. Namun masih memberi harapan dalam mesyuarat bersama Mejar Hisyam dan jurulatih beserta guru2 pada malam ini jam 9.30 malam.
Berbekalkan sisa-sisa semangat yang masih ada, cikgu teguhkan juga hati untuk bersama kadet2 kesayangan cikgu untuk menghadapi berita dukacita ini bersama-sama. Tak terlintas untuk membiarkan kadet bersedih sesama sendiri. Malam ni semua anak2 tido di kem. Umi ada misi yang perlu diselesaikan. Segalanya akan terbongkar malam ini.

latihan kawad senjata

Mesyuarat jam 9.30 malam, tepat jam 9.00 malam cikgu dah terpacak di Wisma Perwira. Takde orang lagi. Cikgu le orang pertama yang sampai. Tak lama kemudian sampai Mejar Hisyam diikuti guru2 dan jurulatih. Cikgu tgk jurulatih semua berpakaian segak termasuk berkasut. (etika masuk mech.), Cikgu berselipar Jepun rama2 berjubah hitam ala2 orang berkabung..
Maka dipendekkan cerita, Mejar Hisyam memaklumkan 2 perkara berikut:
1. Perkhemahan PKBM (D) Peringkat Negeri Pahang tidak akan diadakan pada tahun ini.
2. 7 Renjer diberi tanggungjawab untuk mempersiap kontijen Negeri Pahang untuk ke peringkat kebangsaan (dianjurkan oleh 1 Briged) disebabkan kejayaan gemilang tahun lalu disamping 505 Wataniah kerana menang kawad tahun lalu.
That's the cons and pro.
.........................................................................ok lah tu.................................................
balik ke bilik penginapan irsyad dan hazeeq dan tidur..haykal je tak tido2 lagi... biarlah.. yang penting sampaikan berita kepada kadet Mentakab dan Temerloh. Nasihat cikgu, 'jangan putus semangat bahkan patut berasa bersyukur kerana atas kemenangan tahun lalu kita berpeluang ke peringkat kebangsaan tahun ini yang dijadualkan pada Jun ini. Beritahu mak ayah elok2 supaya mak ayah beri kebenaran untuk mengikuti latihan lagi'...chaiyok! chaiyok!

                                        
                        Jurulatih: Staf Ujang, Kop. Mahayuddin, Kop. Faizal, Sarjan Saiful dan Sarjan Firdaus
                                                   Juruletih: Cikgu Faizal dan cikgu Abba

suka sangat nak balik rumah setelah 4 hari latihan..

2 comments:

  1. so taun ni trus ke kebangsaan la ek..bgus btuii..truskan usaha!

    ReplyDelete
  2. Ada pemilihan lagi...to be fair to other units. Tapi kalau xde yang setanding...terus kebangsaan. InsyaAllah. Doa2kan lah jamie!!

    ReplyDelete

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers