Sunday 10 November 2019

Green Technology Show 2019

Tahun 2019 hampir melabuhkan tirai namun masih belum berkesempatan untuk sharing aktiviti spesifik ini yang banyak memakan masa, menghabiskan tenaga , memerah idea dan cuba jaya sehingga lah benar-benar menghasilkan satu masterpiece  seni lakon integrasi dengan content sains.

Ya. Di ruang ini guru bereksperimentasi dan bebas dengan hasil seni merentasi kurikulum.

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi kejayaan yang telah dikecapi bagi aktiviti Persembahan Teknologi Hijau (Green Technology Show)

Johan Peringkat Daerah Kinta Utara - 25 Julai 2019 di Central Court, AEON Mall, Ipoh




Naib Johan Peringkat Negeri Perak - 22 Ogos 2019 di AEON Hall, Ipoh










Program Jelajah KPM 2019 - MAPS, Ipoh


Sedikit Perkongsian Isi Persembahan:

1.    1.   Memerihalkan dan mengaplikasi penggunaan alat kawalan mikro (microntroller) dan ekstrak kobis ungu sebagai menyokong Prinsip ke 7 Kimia Hijau (Green Chemistry) iaitu meminimumkan penggunaan bahan kimia daripada sumber petrokimia dengan menggantikannya dengan bahan  kimia daripada sumber berasaskan tumbuhan
(i)                 Sketsa penggunaan kereta robot daripada set alat kawalan mikro (Arduino)
(ii)               Mendefinisikan set alat kawalan mikro dan fungsinya kepada manusia
(iii)             Memberi contoh kegunaannya sebagai pengesan (sensor) dan micro controller Arduino contohnya untuk  mengesan nilai pH air sungai untuk mengetahui tahap pencemarannya
(iv)              Mendefiniskan konsep Kimia Hijau
(v)                Mencadangkan pengunaan kobis ungu sebagai penunjuk pH berasaskan semulajadi

2.      2. Memerihalkan pencemaran air beserta contoh yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pair Gudang, Johor.
(i)                 Punca : Air kumbahan, sampah sarap, bahan buangan cecair kegunaan rumah,, cecair buangan pertanian dan cecair buangan perindustrian.
(ii)               Kesan: kesihatan terhadap pelajar-pelajar sekolah
(iii)             Kaedah mengatasi: Pemantauan kualiti air sungai secara konsisten
(iv)              Memberi kesedaran bahawa pencemaran yang berlaku hendaklah dihentikan untuk memastikan alam sekitar terpelihara.

3.      3. Cadangan kaedah pengurusan sisa dan air sisa secara penjimatan air dan kitar semula air secara efisyen
(i)                 Memperkenalkan istilah ‘air kuning’, ‘air perang’, ‘air kelabu’ dan ‘air hitam’.
(ii)               Cadangan pengurusan sisa yang lestari dengan menggunakan Grey Water Recycling System sebagai langkah penjimatan air secara kitar semula
(iii)             Menggunakan Grey Water Recycling System untuk mengairi tanaman dan rumput, menyejukkan atap, membasuh longkang dan untuk mengepam tandas.

4.      4. Mengaplikasikan teknologi gabungan pertanian dan perikanan; akuaponik secara kitaran iaitu tangki ikan dan bekas tanaman secara berasingan.
(i)                 Penjimatan air dengan mengaplikasi pertanian dan perikanan iaitu teknik akuaponik yang dilaksanakan bagi menangani isu air.
(ii)               Memerihalkan cara kerja akuaponik dengan penerangan kitaran ammonia kepada nitrat

5. Menyemai kesedaran bahawa penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama melalui lagu “Earth! We’re in it Together


WoW! Hebat!

No comments:

Post a Comment

Share This:

We've been together:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers